Dr Mahathir menyifatkan Low Taek Jho atau Jho Low dalang skandal 1MDB kini hidup dalam persembunyian seperti tikus. – Foto Free Malaysia Today

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Jho Low yang dahulunya kaya-raya kini diburu polis Malaysia, Interpol dan polis seluruh dunia atas pembabitannya dalam skandal 1MDB.

“Jho Low sebelum ini hidup mewah belayar dengan kapal Equanimity ke sana sini tetapi kini hidup bersembunyi tidak ubah seperti tikus,” katanya dipetik NSTP pada sidang media di lobi Parlimen.

Dr Mahathir berkata, selain tindakan undang-undang terbaru Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) Jho Low turut berdepan beberapa tuduhan di Malaysia.

“Memang kita mahu dapat [tangkap] Jho Low dulu tetapi sebenarnya tidak kisah siapa yang akan dapat dia dulu. Jika AS dapat dulu, kita tetap akan dapat akses kepadanya,” katanya

Selain Jho Low, bekas Pengarah Asia Goldman Sachs, Tim Lessner, turut dituduh di mahkamah di New York kerana terbabit tuduhan jenayah membabitkan 1MDB.

Sementara itu, bekas pegawai Goldman Sachs, Ng Chong Hwa, 51, atau lebih dikenali sebagai Roger Ng juga akan diekstradisi ke AS oleh pihak PDRM dalam tempoh masa terdekat bagi didakwa oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

KLIK BACA: Kenapa Najib arah buang maklumat Jho Low, OSA laporan audit?

KLIK BACA: Utusan milik Umno ‘bawah kuasa Zahid’ dedah audit 1MDB, Najib cepatlah jawab?

KLIK BACA: Kalau tak faham ICERD batal ‘gari dan lokap’ saja ubatnya…jatuhkan Tun Mahathir

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share