Aneh apabila Utusan Malaysia terlebih awal mendedahkan laporan Audit 1MDB dipinda atas arahan Najib yang kemudian disahkan pada hari yang sama oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohammad. – Foto The Malaysian Insight

oleh Shahbudin Husin

Utusan, akhbar milik UMNO yang kini di bawah penguasaan Zahid Hamidi mendedahkan laporan audit 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara pada 2016 lalu telah dipinda daripada laporan asalnya atas arahan Najib Razak.

Melalui sumber yang diperolehi Utusan, pindaan yang diarahkan Najib itu ialah untuk mengeluarkan maklumat berkenaan pembabitan beliau dan Jho Low dalam aktiviti perniagaan 1MDB.

Arahan pindaan itu dilaporkan dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri bersama Ketua Audit Negara, Ambrin Buang yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukri Mohd Salleh.

Berikutan itu, Ketua Audit Negara sekarang, Madinah Mohamad dijangka akan membentangkan laporan audit asal 1MDB itu kepada kabinet dalam masa yang terdekat dan seterusnya kepada prosiding siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC pada awal bulan depan.

Adalah dipercayai pendedahan sumber tersebut kepada Utusan adalah susulan pengakuan Najib dalam satu temubual bersama Sinar Harian bahawa beliau telah ditipu oleh Jho Low dalam urusniaga 1MDB.

Sumber itu dilaporkan pelik dengan pengakuan Najib itu kerana beliau sebenarnya bukan saja tahu mengenai urusniaga 1MDB, malah mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan audit yang mengaitkan namanya dan Jho Low dalam urusniaga syarikat pelaburan sarat hutang dan penuh skandal itu.

Jadi, sekarang nampaknya Utusan milik UMNO sendiri pun sudah tidak percaya bahawa Najib telah ditipu oleh Jho Low sebagaimana yang disebutnya itu.

Apa pun, bila agaknya Najib mahu memberi penjelasan berhubung pendedahan Utusan kali ini?

Biasanya bukan main cepat Najib memberi reaksi terhadap sesuatu isu yang timbul berkaitan dirinya dengan menggunakan laman FBnya, tetapi kenapa sehingga sekarang beliau belum muncul-muncul lagi dengan komennya berkaitan dakwaan pindaan terhadap laporan asal audit 1MDB yang dikatakan diarahkannya itu?

Kenapa lambat sangat?

Bukankah yang diperlukan hanya jawapan “ya” atau “tidak” saja?

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: Najib nak klentong siapa, buang maklumat Jho Low, OSA laporan audit?

KLIK BACA: Kalau tak faham ICERD batal ‘gari dan lokap’ saja ubatnya…jatuhkan Tun Mahathir

KLIK BACA: Adakah Rosmah dan anaknya Riza setuju bahawa Jho Low seorang penipu?

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share