Tajuddin Rahman mengakui telah lama curiga terhadap 1MDB sejak dua tahun lalu terutama terhadap Low Taek Jho atau Jho Low.

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan bahawa beliau telah mendesak bekas perdana menteri Najib Razak supaya mengambil tindakan terhadap pengurusan 1MDB dan Jho Low.

“Saya masih ingat kata-kata saya ketika itu, kalau tunggu lama-lama nanti kita akan kehilangan kepercayaan di kalangan rakyat. Rakyat tak boleh tunggu, mereka mahu tindakan diambil.

“Dia [Najib] senyap….. Jadi saya sebagai seorang anggota parti dan satu pasukan, peranan kita menyuarakan, memberi pendapat, menegur.

“Ketika Arul Kanda cuba menjelaskan kepada ahli majlis tertinggi seolah-olah tidak ada apa-apa yang tak betul berlaku, saya persoalkan bayaran beratus juta yang dibuat kepada syarikat Aabar Investment yang dikatakan anak syarikat IPIC itu.

Dalam sesi wawancara siaran langsung Facebook Sinar Harian semalam, Najib tidak menolak kemungkinan Malaysia telah ditipu jutawan Jho Low.

Jelas Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, kerajaan PH perlu melakukan yang terbaik untuk menjejaki Jho Low kerana Umno juga mahu siasatan dijalankan terhadapnya.

“Kita kena menangani masalah ini, tindakan mesti diambil kepada mereka yang bertanggungjawab. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein cakap boleh bantu, berilah dia buat,” katanya.

“Kita bukan sahaja mahu Umno bangkit semula, kita juga mesti tangkap dia (Jho Low). Pihak berkuasa dan kerajaan harus berusaha mengesan dan bawa dia balik,” katanya kepada pemberita di parlimen semalam.

“Isu 1MDB memang kompleks tetapi mereka yang mengkaji ataupun berpengetahuan dengan lebih mendalam pasti faham bahawa setiap aliran wang dari 1MDB yang didakwa hilang ialah selepas wang itu dipindahkan kepada ataupun dijamin oleh pihak Aabar dan pemiliknya, IPIC.

“Mereka yang mengikuti perkembangan 1MDB juga tahu bahawa Jho Low didapati telah berpakat dengan pengurus atasan syarikat IPIC dan Abu Dhabi serta bank pelaburan Goldman Sachs untuk menyalurkan sebahagian dana yang telah dipindah oleh 1MDB kepada Aabar dan IPIC kemudiannya kepada beliau,” jelasnya lagi.

KLIK TONTON: Video Najib mengaku ditipu Jho Low, skandal 1MDB

KLIK BACA: Najib arah keluar maklumat Jho Low dalam laporan audit 1MDB yang disediakan Ketua Audit Negara

KLIK BACA: Najib tidak kena tipu Jho Low, penulis buku Billion Dollar Whale jelaskan

KLIK BACA: Kita semua ahli Umno kena tipu, kata Khairy berkenaan kes Najib, 1MDB

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share