Tom Wright menyangkal dakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa bukunya membersihkan anak guamnya, Datuk Seri Najib Razak daripada pertuduhan berkaitan 1MDB dan Jho Low.

Penulis buku Billion Dollar Whale, Tom Wright, berkata Muhammad Shafee mendakwa pendedahan buku kontroversi itu membersihkan anak guamnya daripada salah laku kerana Najib ditipu oleh ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Tidak masuk akal, Muhammad Shafee tidak membaca buku dengan teliti,” katanya dipetik portal NSTP dalam temu bual bersama stesen radio, BFM Breakfast Grille tempohari.

Wright merujuk dakwaan Muhammad Shafee berhubung buku Billion Dollar Whale sebagai sesuatu yang menarik jika ia boleh digunakan sebagai bukti kerana buku itu mengesahkan Jho Low kemungkinan mengelirukan pihak berkaitan.

Wright berkata beliau dan rakan sekerja, Wall Street Journal, Bradley Hope, bersikap adil kepada Najib dalam buku itu kerana mengemukakan fakta bagaimana bekas Perdana Menteri itu tidak tahu apa yang berlaku dan hanya diketahui Jho Low – namun beliau tidak membebaskan Najib daripada sebarang pertuduhan.

“Najib mungkin tidak tahu bahawa RM4.5 bilion atau lebih dirampas daripada rakyat Malaysia tetapi beliau tahu ia dana politik.

“Semua asetnya dibersihkan termasuk rumah yang mereka diami, semua perniagaan di Amerika Syarikat, syarikat filem dan berlian merah jambu AS$27 juta dari Lorraine Schwartz, yang diperoleh Rosmah,” jelasnya.

Wright mendakwa Najib berulang kali mengatakan bahawa wang itu derma daripada kerajaan Arab Saudi dan sudah dikembalikan tetapi wang itu kembali kepada syarikat offshore, Tanore Finance yang dikaitkan dengan Jho Low.

“Wang itu sama ada diberikan atau dipulangkan kepada Arab Saudi; wang itu datang daripada 1MDB melalui Tanore dan dipulangkan kepada Tanore. Wang itu juga digunakan bagi membeli barang kemas AS$27 juta untuk isteri Najib, Rosmah,” dakwanya.

KLIK BACA: Kita semua ahli Umno kena tipu, kata Khairy berkenaan kes Najib, 1MDB

KLIK BACA: PAS-Umno tidak beritahu perkara sebenar ICERD kepada rakyat – Raja Bahrin

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share