PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan imam Masjid Hohola, Mikael Abdul Aziz ketika datang melawat masjid itu selepas menghadiri mesyuarat Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasific (APEC) 2018 hari ini. – Foto BERNAMA

PORT MORESBY (Papua New Guinea): Tun Dr Mahathir Mohamad mengunjungi Masjid Hohola di sini, hari ini, sebelum mengakhiri lawatan kerja dua hari di negara berkenaan.

Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam pembinaan masjid itu yang dibina pada awal 2000.

“Apa yang menarik, menurut masyarakat Islam di negara itu, tanah berkenaan pada mulanya ditawarkan kepada Dr Mahathir untuk tujuan pembinaan masjid pertama di Papua New Guinea.

“Bagaimanapun, Dr Mahathir dengan sikap rendah dirinya, tidak mahu masjid berkenaan dibina olehnya atau dinamakan atas nama beliau. Dr Mahathir kemudian mencadangkan supaya masjid itu dibina oleh masyarakat Islam di negara itu,” kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah kepada media Malaysia ketika berkunjung ke masjid terbabit.

Saifuddin turut memberitahu, kerajaan Malaysia pada waktu itu menyumbangkan dana permulaan untuk pembinaan masjid berkenaan.

Dr Mahathir bagaimanapun menafikan sebarang sumbangan oleh dirinya dalam pembinaan masjid itu.

“Itu bukan projek kita. Ia disumbangkan oleh pelbagai organisasi Islam,” katanya.

*MASJID Hohola adalah satu-satunya masjid di Papua New Guinea dan Tun Dr Mahathir adalah penggerak kepada pembinaan masjid ketika datang dalam lawatan pada tahun 2003. Masjid ini mula dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2007 dan dana pembinaan disumbangkan oleh kerajaan negara Islam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). – Foto Bernama

Dr Mahathir berada di Papua New Guinea untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26, yang melabuhkan tirainya hari ini.

Kehadirannya di APEC mengimbau semula lawatan terakhir luar negara beliau (pada 2003) ketika menjadi Perdana Menteri terdahulu. – Bernama/NSTP

KLIK BACA: Najib kena tipu Jho Low – Shafee

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share