BAIQ Nuril Maknun dipenjara enam bulan selepas mendedahkan sikap gatal majikannya, minggu lalu. – Foto AFP

LOMBOK (Indonesia): Seorang wanita dipenjara enam bulan selepas mendedahkan sikap gatal majikannya, minggu lalu.

Keputusan mengejutkan Mahkamah Agung itu mengetepikan penghakiman terdahulu mahkamah rendah terhadap Baiq Nuril Maknun, 36, kerana menyebarkan bahan lucah.

Suami Baiq, Lalu Muhamad Isnaini berkata: “Saya terkejut dan sedih dengan keputusan ini.

Kes pelik itu bermula pada 2012 apabila Baiq merakam perbualan dengan guru besar sekolah tempatnya bertugas menceritakan butiran sxksual dalam hubungan sxlitnya dengan bendahari sekolah.

Rakan sekerja lain kemudian meyakinkan Baiq – yang pernah cuba digoda guru besar berkenaan – supaya mendedahkan rakaman berkenaan, kata peguam belanya Joko Jumadi.

Susulan itu, guru besar berkenaan memecat Baiq dan membuat laporan kepada pihak berkuasa. Baiq pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan oleh mahkamah di Lombok, namun keputusan itu diketepikan mahkamah tertinggi Indonesia, minggu lalu.

Susulan itu, Baiq diarahkan dipenjara enam bulan dan didenda 500 juta rupiah (RM144,000). Mahkamah tidak menyertakan alasan penghakiman. Bagaimanapun, pejabat pendakwa Lombok memberitahu AFP ia sedang menyemak kes itu sebelum Baiq memulakan hukumannya. – AFP

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok di restoran, warung

KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share