Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malaungkan refomasi ketika menghadiri Majlis Perasmian Kongres KEADILAN ke-13, 2018 di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam. – Foto NSTP/Yusni Ariffin

SHAH ALAM: Pemuda PKR berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu bukan kerana kekuatan parti komponen mereka.

Sebaliknya, kata perwakilan Pemuda PKR Perlis, Mohd Khairul Amin, ia adalah kerana rakyat berdepan dengan tekanan hidup di bawah pentadbiran kerajaan BN maka oleh itu kekalahan mereka pada 9 Mei lalu perlu menjadi peringatan agar kuasa rakyat jangan sesekali dipermainkan.

“Kita (PH) menang bukan kerana PH kuat, bukan kerana PKR kuat, bukan kerana Bersatu kuat ataupun DAP kuat, sebaliknya kerana kos sara hidup yang tinggi,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua AMK pada Kongres Nasional PKR 2018 di Shah Alam, hari ini.

Khairul Amin menegaskan, kerajaan PH seharusnya peka terhadap suara anak muda yang sanggup menolak kerajaan pemerintah sebelum ini kerana peningkatan kos sara hidup yang gagal ditangani.

Khairul berkata, tiada gunanya kerajaan hari ini berbangga dengan pembentangan Belanjawan 2019 sekiranya kos sara hidup masih gagal ditangani.

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok di restoran, warung

KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share