Kerajaan Australia menyuarakan rasa tidak senang dengan kritikan Dr Mahathir Mohamad terhadap cadangan mereka memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

Mengulasnya, menteri kewangan Australia Josh Frydenberg mengingatkan Mahathir memang mempunyai reputasi berkaitan pendirian dalam isu berkaitan Palestin dan Israel.

“Dia kata orang Yahudi hidung besar. Dia persoal jumlah orang yang terbunuh dalam peristiwa Holocaust,” kata Frydenberg dalam wawancara radio, seperti dilaporkan Reuters.

Mahathir yang dikenali pejuang tegar isu rakyat Palestin dalam Sidang Kemuncak Asean di Singapura menyamakan cadangan Astralia itu seperti menambahkan lagi penyebab keganasan.

Perdana Menteri Ausralia Scott Morrison mengakui Mahathir membangkitkan perkara itu padanya tetapi menegaskan dasar luar mereka tidak akan ditentukan negara luar.

Malaysia dan Australia pernah berdepan hubungan tegang lebih dua dekad lalu.

Dua puluh lima tahun lalu, perdana menteri Australia ketika itu Paul Keating menyifatkan Mahathir keras kepala ‘recalcitrant’ kerana memboikot forum ekonomi Asia Pasifik (Apec) 1993.

Mahathir ketika itu menjadi perdana menteri buat kali pertama.

KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

TERKINI: Rosmah, Rizal dituduh minta rasuah RM187 juta, terima RM1.5 juta projek solar di sekolah Sarawak

KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share