Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) warna jingga sebaik ditahan atas kesalahan rasuah.

Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, berkata prosedur itu penting bagi memastikan semua pihak dilayan dengan sama rata.

“Amat membingungkan saya, beliau (Najib) patut memakai baju itu. Saya pasti ada saiz baju yang sesuai dengannya.

“Sebenarnya ini bukan soal saiz baju sebaliknya saya percaya semua orang perlu dilayan dengan adil. Keadilan bukan saja perlu dilaksanakan, malah perlu dilihat untuk dilaksanakan,” katanya pada sesi dialog dan majlis makan malam anjuran Lee Hishammuddin Allen & Gledhill di sini, malam tadi, lapor NSTP.

Kadir Jasin yang merupakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir berkata demikian menjawab soalan seorang peserta yang bertanyakan kenapa Najib tidak memakai baju lokap SPRM ketika didakwa di mahkamah baru-baru ini.

Mengulas lanjut, A Kadir berkata, peguam perlu membuat ketetapan menyuarakan isu berkenaan dengan pihak berkaitan supaya perkara itu tidak menjadi polemik.

Ditanya kenapa Najib dibiarkan bebas membuat kenyataan di Facebook dan Twitter, A Kadir berkata, bekas Presiden UMNO boleh menyuarakan apa saja pandangannya selagi tidak menyalahi undang-undang.

“Selagi tidak menyalahi undang-undang, kita tidak patut menghalang beliau daripada membuat sebarang kenyataan. Saya tidak rasa akan ada orang lagi yang menyokongnya selepas beliau ditumbangkan.

“Saya ingin memberitahu kerajaan tidak pilih bulu, Najib pernah berada dalam Kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, malah pernah menjadi Menteri Besar termuda. Beliau tetap didakwa,” katanya.

Menjawab soalan sama ada perkauman dan agama akan terus dimainkan pembangkang, A Kadir berkata, isu terbabit tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat selepas 9 Mei kerana majoriti rakyat sudah menyuarakan isi hati mereka.

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok di restoran, warung

KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share