Dr Mahathir diingatkan oleh Dr Khir Toyo agar berhati-hati dengan orang sekelilingnya  tidak mampu memberi sumbangan terbaik sejak PH merampas kerajaan dari BN. – Foto Sinar Harian

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa, Dr Mahathir dikelilingi menteri yang hanya hebat di mulut tetapi gagal bertindak cemerlang dalam kerajaan Pakatan Harapan.

“Lebih banyak lalang dari padi – Pak menteri yang hebat di mulut tetapi kosong tindakan. Cakap lain buat lain. Hasilnya haru biru. Kemudian pegawai dipersalahkan. Pak menteri cuci mulut, kaki dan tangan.

“Bila pegawai susun cadangan dan dasar baharu, pak menteri tolak mentah-mentah. Kadang-kadang tak baca pun. Yang keluar dari mulut mereka ini polisi kerajaan lama dan ‘kami PH ada cara kami untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat’ . Natijahnya hingga ke hari ini tiada perkara baharu yang mereka lakukan kecuali mengulangi polisi lama dengan jenama baharu.

“Dr Mahathir, waspadalah apa yang ada di sekeliling. Hari ini lebih banyak lalang dari padi. Depan mereka bercakap petah menyalahkan orang lain bagai lalang tegak tinggi lakunya kerana mereka tak mampu jadi padi maka padilah dipersalahkan. Mengapa ada padi dibendang sedang lalang tumbuh merata,” katanya di Facebooknya malam tadi.

Dr Khir menyatakan rasa kesal kerana Dr Mahathir berulang kali menyebut pentadbirannya disabotaj kakitangan kerajaan sedangkan dakwa beliau ramai kakitangan kerajaan “rindu dengan kepimpinan Dr Mahathir yang mereka kenal bukan individu yang sama ketika beliau masih perdana menteri keempat.

“Sebenarnya sejak PH menjadi kerajaan dan Dr Mahathir diangkat semula menjadi Perdana Menteri, mereka rindu dengan kepimpinan Dr Mahathir yang mereka kenal dulu iaitu dasar Bersih, Cekap, Amanah dan penerangan nilai-nilai Islam serta dasar Pandang ke Timur menjadikan mereka cukup taksub dan sanggup bekerja lebih masa tanpa tuntutan elaun tambahan.

“Harapan menggunung itu kini hancur bila mereka sedar Tun Mahathir hari ini jauh sekali berbeza dengan Tun Mahathir (yang) dulu,” jelasnya.

Untuk rekod, Dr Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab melantik Dr Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri kali pertama. – Majalah Review Malaysia

Nota Ana Ghoib: Dr. Mohamad Khir Toyo betul MRM sokong elok diingatkan Ayahanda Dr. Mahathir bin Mohamad.

Selepas jadi PM semula berubah kembali ke tabiat asal seakan mahu berniaga dengan rakyat. Janji tidak ditunaikan dan fokus lebih kepada memenjarakan menteri Umno Najib Rosmah.

TDM sepatutnya teliti juga kehendak rakyat yang mengundi PH bukan serah menteri bawahan buat kenyataan bodoh dan lepas tangan.

Menurut Kadir Jasin – TDM tak tahu pun siapa draft bajet dan tulis speech Guan Eng? Dah umum di parlimen baru nak pertikai soal PTPTN, TOL, harga rumah? – Risalah Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB Aku demam…

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

TERKINI: Rosmah dituduh minta rasuah RM187 juta, terima RM1.5 juta projek solar di sekolah Sarawak

TERKINI: Rizal Mansor didakwa minta terima rasuah untuk Rosmah

KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share