SINGAPURA, 13 Nov — Wang yang dicuri dari dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak US$4.3 bilion akan dibawa balik ke Malaysia walaupun mungkin tidak kesemuanya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) kata jumlahnya kira-kira US$4.3 bilion. Kita berharap untuk mendapat balik jumlah itu tetapi mungkin sebahagian besar daripada jumlah itu telah hilang sebelum ini,” katanya. Bagaimanapun, wang itu mungkin tidak dapat dibawa balik dalam masa yang cepat kerana terdapat pelbagai proses yang terlibat, kata beliau.

“Mula-mulanya anda perlu membuktikan bahawa wang itu adalah milik anda. Setelah anda dapat membuktikannya sudah tentulah ada proses-proses yang harus dilalui. Mereka bukan boleh sekadar mengutipnya lalu menyerahkannya kepada anda di depan kaunter.

“Jadi, sudah tentu ia akan mengambil masa. DOJ telah berjanji akan memulangkan wang itu kepada kita,” katanya pada sidang media, semasa ditanya sama ada Malaysia sudah mengemukakan permohonan rasmi untuk membawa balik wang itu.

Ditanya sama ada Malaysia akan mengenakan tindakan-tindakan menghukum terhadap bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs Group, yang terlibat dalam skandal 1MDB dan sedang disiasat oleh DOJ, Dr Mahathir berkata: “Kami yakin kepada kedaulatan undang-undang.”

Menurut laporan, pihak pendakwa Amerika Syarikat telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap dua bekas jurubank Goldman Sachs awal bulan ini. Seorang daripadanya, Tim Leissner, mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan konspirasi pengubahan wang dan berkonspirasi untuk melanggar undang-undang di bawah Akta Amalan Rasuah Luar Negara.

“Jika seseorang didapati telah melakukan jenayah mengikut undang-undang, maka dia akan dihukum dengan hukuman setimpal mengikut proses undang-undang. Tidak kiralah siapa dia. Dia mungkin Goldman Sachs atau mungkin sesiapa jua,” kata beliau. — Bernama

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Tengku Adnan, Rosmah dan Rizal dipanggil SPRM kes seleweng projek solar, jual tanah DBKl

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Dr Mahathir: “Sepatutnya saya sudah meninggal dunia…” – Jangan pergi dulu Tun…

DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share