Zahid Hamidi dan Shahrizat Jalil. Zahid pernah membayangkan  Shahrizat kembali menjadi menteri kabinet sekiranya BN menang besar PRU14. – Foto mStar

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumpamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “hantu raya” dari Port Dickson yang akan “mengaruk” jika tidak dapat menjadi perdana menteri.

Rakyat akan bangun, tidak perlu tunggu hingga pilihan raya umum akan datang. ‘Hantu raya’ yang menang (Parlimen) Port Dickson itu dijanjikan dua tahun, enam bulan sudah berlalu.

“Kita tengok setahun setengah lagi. Kalau hantu raya itu tidak dapat (jadi perdana menteri), pasti dia mengaruk. Saya tahu, dulu kawan saya,” kata Zahid seperti dilapor  The Malaysian Insight yang memetik ucapannya pada mesyuarat Umno Melaka di Kampung Bertam Hulu tempohari.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah berjanji menyebut Anwar sebagai penggantinya bagaimanapun, tidak dinyatakan tempoh bagi penyerahan kuasa itu.

Anwar berkata beliau tidak mahu mendesak Mahathir dalam hal itu dan mahu memberikan perdana menteri ruang sepenuhnya bagi beliau menumpukan tenaga untuk memulihkan negara.

Zahid dalam ucapannya turut berkata keputusan untuk beliau tidak bercuti sebagai presiden adalah yang terbaik buat Umno.

““Pastikan nakhoda terus bawa kapal ini. Ini nakhoda baru kena sikit dah minta bercuti. Jika saya bercuti, tidak mustahil selepas itu timbalan presiden yang memangku pun diminta cuti. Apa akan jadi sekiranya semua cuti?” soal Zahid dipetik The Malaysian Insight lagi.

Zahid digesa pemuda Umno dan beberapa pemimpinnya bercuti susulan beliau dikenakan 45 pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang haram dan menerima suapan di mahkamah pada bulan lalu.

Nota Ana Ghoib: Kad terakhir Ahmad Zahid mungkin melagakan Anwar bekas kawannya dengan Dr Mahathir bekas bosnya untuk jawatan Perdana Menteri.

Betapa jelasnya terkenang bagaimana Anwar semasa dipenjara tidak dibenarkan menyentuh ahli keluarga beliau dan Anwar keluar masuk penjara setiap bulan ketika menjalani hukuman – kerana menghadapi pelbagai kes di mahkamah.

Zahid ketika itu menjadi Menteri Dalam Negeri yang banyak tersenyum di sisi Najib meski ramai pengkritik mengingatkannya bahawa Anwar adalah rakannya dahulu yang dia sendiri pernah ditahan ISA kerana mempertahankan Anwar. Mungkin hari ini baru Zahid benar-benar teringat Anwar adalah kawannya dahulu?. Dahululah…

“Saya anggap ini satu ghanimah…[harta rampasan perang]” itulah kata-kata Zahid selepas dilantik Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin yang dipecat Umno.

Zahid berucap menyebut Tun Mahathir KUTTY dan Zahid naik motor HARLEY DAVIDSON ke atas pentas dalam rancangan Harith Iskander.

Ucapannya yang bengis di hadapan pegawai imigresen berkaitan isu pelajar tidak membayar hutang PTPTN antara penglihatan indah dan ngeri Zahid ketika berkuasa dahulu.

Meski kerajaan PH kini membenarkan peminjam PTPTN keluar negara tetapi kencing pemimpin mereka makin terasa berbau kuat selepas gagal menunaikan janji mereka juga berkaitan PTPTN. Yang pasti baju suit mereka sebagai MP makin mahal dan bergaya seperti pemimpin Umno. – Susunan @Berita Mimpi – Ana Ghoib

TERKINI: Tengku Adnan berdepan hukuman penjara 2 tahun

TERKINI: Rosmah dituduh minta rasuah RM187 juta, terima RM1.5 juta projek solar di sekolah Sarawak

TERKINI: Rizal Mansor didakwa minta terima rasuah untuk Rosmah

KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share