Jho Low atau Low Taek Jho menggunakan kod rahsia bagi merasuah barang kemas ringgit isteri kepada ‘Malaysian Official 1’ (MO1) dipercayai Datin Seri Rosmah Mansor. – Foto The Malaysian Insight

JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengesahkan Rosmah Mansor memeriksa seutas rantai dengan permata merah jambu bersama suaminya, Malaysian Official 1 dan jutawan Jho Low pada 2013.

Perkara itu dinyatakan DoJ dalam satu kertas pertuduhan di Mahkamah Daerah Timur New York ke atas Jho Low dan juga pegawai bank didakwa terlibat dalam penggelapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Portal Berita Harian memetik dokumen pendakwaan dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS), kod itu digunakan oleh Jho Low dalam perbualan dengan bekas Pengarah Asia Goldman Sachs, Tim Leissner menggunakan aplikasi ‘Chat Messenger’ pada 2014 dalam cubaan mereka mendapatkan satu lagi urusniaga membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kod itu didedahkan oleh pendakwa raya DoJ AS yang percaya perkataan ‘Madam Boss’ atau Puan Bos itu merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam dokumen pendakwaannya membabitkan skandal 1MDB di New York, AS.

“Beberapa bulan selepas itu, akaun bank yang dikawal Leissner kemudian memindahkan wang berjumlah AS$4.1 juta (RM17 juta) ke akaun milik saudagar emas di New York.

“Wang itu digunakan bagi membayar harga barang kemas bermutu tinggi yang dibeli Rosmah,” katanya.

Dalam dokumen pendakwaan itu juga, disebut bahawa Goldman menaja jamin tiga jualan bon untuk 1MDB menggunakan kod nama Projek Magnolia, Maximus dan Catalyze.

Bagaimanapun, sebanyak AS$2.7 bilion (RM11.2 bilon) daripada AS$6.5 (RM27.1 bilion) hasil jualan bon itu kemudian dipindahkan kepada beberapa akaun termasuk milik Jho Low dan Leissner.

“Wang daripada akaun berkenaan digunakan bagi merasuah pegawai kerajaan, membiayai dana kecemasan bagi satu tabung dikawal Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan membayar kos barang kemas milik Rosmah.

“Bagaimanapun, sebanyak AS$200 juta (RM835 juta) dimasukkan ke akaun milik Leissner dan beberapa sekutu yang bersubahat dengannya, manakala Roger Ng pula menerima AS$24 juta (RM100 juta),” katanya.

Leissner mengaku bersalah atas dua tuduhan pengubahan wang haram milik 1MDB serta pemberian rasuah terhadap pegawai di Malaysia dan di Abu Dhabi yang melanggar FCPA dengan menipu institusi kewangan itu dan beliau diarah mengembalikan wang sebanyak RM180 juta (AS$43.7 juta) kepada kerajaan AS.

Untuk rekod, dalam siri emel yang didedahkan Xavier Andre Justo melalui Sarawak report menyebut Jho Low menggunakan kod rahsia ‘American Pie’ bagi memindahkan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi MO1. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

DIKEMASKINI: Rosmah ke mahkamah – periksa barang kemas permata merah jambu dibayar Jho Low

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Najib sejak awal lagi anda sudah berbohong, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share