Menteri Kewangan Lim Guan Eng bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. – Foto The Star

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai sebarang pilihan berhubung JANJI bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sukar ditunaikan berikutan kedudukan fiskal semasa negara, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Saya terima kritikan ini (kerana kita memang) nak laksanakan (janji untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN), cuma (ia sukar dilakukan) melihat kepada kedudukan fiskal negara.

“Apa yang boleh dilakukan kerajaan ketika ini? Kalau Jho Low tidak ambil RM50 bilion, sudah pasti ia boleh dilakukan, tetapi apa boleh buat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran portal pembiayaan rumah, FundMyHome.com di Semenyih.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, sebelum ini dilaporkan berkata, mana-mana peminjam yang berpendapatan RM4,000 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik PTPTN, seiring usaha kerajaan meringankan bebanan rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup.

Bagaimanapun ketika membentangkan Belanjawan 2019, Lim mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM1,000 akan dikenakan potongan gaji dengan kadar 2 hingga 15%.

Katanya, kerajaan juga menyediakan pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman PTPTN pekerja bagi tahun berakhir 2019.

Sebelum ini, peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian walau apapun status pekerjaan dan gaji mereka.

Lim berkata, potongan mengikut kadar pendapatan dan tanggungan itu adalah penyelesaian alternatif yang terpaksa dilaksanakan kerajaan bagi menjamin kelestarian dana PTPTN.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, menulis di laman Facebooknya berkata, walaupun PH menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini sebagai kejam kepada pelajar, namun ia (kerajaan BN) tidak pernah terfikir untuk mengetepikan pelajar cemerlang dari golongan M40 seperti dilakukan kerajaan PH.

KLIK BACA: Adakah Presiden Umno Zahid arah Utusan bantai Najib? 

KLIK BACA: Najib nafi pembohong, pencuri atau penyangak, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq silap besar

KLIK BACA: “Pembunuhan Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share