Bekas ahli majlis tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi hari ini mencadangkan ahli Umno “memboikot” akhbar Utusan Malaysia sekiranya Pengerusi Eksekutif akhbar berkenaan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir enggan meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Razak.

Puad berkata, Aziz perlu meminta maaf kepada bekas perdana menteri itu kerana terlalu gopoh membuat kesimpulan dengan menggelarkan Najib sebagai pembohong susulan wawancara dengan Al-Jazeera baru-baru ini, apabila Najib mendedahkan tidak tahu sumber sebenar wang ‘derma’ yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Awang Selamat dalam kolumnya di Utusan Malaysia berkata wawancara 101 East pada 26 Oktober itu membongkar pembohongan Najib selama ini.

Belaiu menulis: “Tidak masuk akal yang Najib tidak tahu dari mana sumber sebenar jumlah wang yang besar itu, dan lebih-lebih lagi setelah pendedahan demi pendedahan yang menjuruskan wang itu sebenarnya datang daripada Tanore Finance Corporation.”

Tanore Finance Corporation adalah syarikat yang didaftarkan di Kepulauan British Virgin dan dikaitkan dengan skandal 1MDB dan dipercayai wang tersebut disalurkan oleh Jho Low kepada Najib.

KLIK BACA: Adakah Presiden Umno Zahid arah Utusan bantai Najib? 

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

Sementara itu, Puad mempersoalkan Aziz yang menggunakan temubual Najib bersama pengendali program 101 East, Mary Ann Jolley dengan membuat kesimpulan Najib bersalah.

“Semua tahu Mary pernah dihalau daripada Malaysia pada 2015. Lihatlah soalan beliau yang cuba mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

“Kalau Aziz mahu memelihara profesionalisme kewartawanan Utusan, dia sepatutnya menghantar wakil Utusan pula menemubual Najib, terutamanya apa maksud Najib dia tidak boleh semak sumber dana politik yang masuk ke akaun peribadi beliau.

“Sedangkan Najib juga sudah memuat naik 6 ‘print screen’ dokumen ke dalam Facebook beliau pada 10 September 2018. Ia bukti sumber dana politik yang beliau terima,” katanya di laman Facebook beliau.

Tempohari, Awang Selamat, nama samaran editorial Utusan berkata, rakyat dan ahli Umno terutamanya berasa tertipu kerana selama ini mereka menerima penjelasan dana itu sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

Mengulas lanjut, Puad juga mencadangkan agar Aziz menghantar wakil Utusan menemui Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir yang pernah membuat kenyataan bahawa dana 1MDB adalah tulen daripada Raja Arab Saudi.

“Kenyataan (Menteri Luar Datuk) Saifuddin Abdullah baru-baru ini tidak boleh pakai kerana itu bukan keluar daripada mulut menteri luar Saudi sendiri.

“Bahkan pada penghujung 2015, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah menyatakan dia telah berjumpa sendiri keluarga penderma,” katanya.

Puad turut menamakan Aziz sebagai individu di sebalik ruangan pojok Utusan Malaysia, “Awang Selamat” bagi menyelar Najib.

“Apa agenda Aziz? Kenapa memperalatkan Utusan untuk mendesak Najib memohon maaf kepada seluruh ahli Umno kerana isu 1MDB? Apakah Aziz adalah sebahagian daripada ‘games plan’ Mahathir-Daim untuk terus memecah belahkan perpaduan Umno selepas pilihan raya umum ke-14?

“Aziz amat melampau kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum pun membuat sebarang pendakwaan atas fitnah ‘utama’ kononnya Najib mencuri RM2.6 bilion duit 1MDB. Maka apa asas Aziz untuk menuduh Najib bersalah dan mesti meminta maaf?” soalnya.

Puad mendakwa Aziz juga mendahului mahkamah kerana menjatuhkan hukuman kepada Najib sedangkan 38 pertuduhan sedia ada tidak ada kaitan dengan tuduhan mencuri duit 1MDB.

“Ini amat teruk kerana beliau menuduh Najib seorang penipu. Kecuali dia menafikan dia bukan ‘Awang Selamat’,” katanya.

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

KLIK BACA: Adakah Presiden Umno Zahid arah Utusan bantai Najib? 

KLIK BACA: Najib nafi pembohong, pencuri atau penyangak, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq jangan jadi bodoh

KLIK BACA: “Pembunuhan Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share