Utusan Malaysia menggelar Datuk Seri Najib Razak seorang pembohong susulan wawancara dengan Al-Jazeera baru-baru ini, apabila beliau mendedahkan dia sebenarnya tidak tahu sumber sebenar wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi yang bernilai RM2.6 bilion.

Awang Selamat, nama samaran editorial Utusan berkata, rakyat dan ahli Umno terutamanya berasa tertipu kerana selama ini mereka menerima penjelasan dana itu sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

“Tidak masuk akal yang Najib tidak tahu dari mana sumber sebenar jumlah wang yang besar itu, dan lebih-lebih lagi setelah pendedahan demi pendedahan yang menjuruskan wang itu sebenarnya datang daripada Tanore Finance Corporation,” kata Awang Selamat dalam kolumnya di Utusan Malaysia.

Tanore Finance Corporation adalah syarikat yang didaftarkan di Kepulauan British Virgin dan dikaitkan dengan skandal 1MDB dan dipercayai wang tersebut disalurkan oleh Jho Low kepada Najib.

Awang Selamat berkata wawancara 101 East pada 26 Oktober itu membongkar pembohongan Najib selama ini.

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

Dalam wawancara itu bekas perdana menteri mengakui tidak memeriksa dari mana sumber atau pemilik wang itu, sebaliknya hanya mengagak ia daripada Arab Saudi kerana Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud pernah memberi jaminan akan menyokongnya.

“Najib harus memohon maaf kepada semua ahli Umno kerana pembohongan inilah sebenarnya yang telah menghilangkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan BN dan akhirnya menyebabkan parti komponen itu hilang kuasa memerintah,” kata Awang Selamat.

Najib pada 13 September memuatnaik 3 dokumen di Facebook bagi mengesahkan dana-dana yang disalurkan kepada akaunnya ialah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari putera-putera Saudi namun tandatangan pada dokumen itu meragukan.

Bekas perdana menteri pada 20 September lepas dikenakan 21 pertuduhan pengubahan wang dan 4 pertuduhan salahguna kuasa di mahkamah berhubung dakwaan pemindahan ratusan juta dolar ke akaun bank miliknya daripada 1MDB.

“Awang teringat cerita orang lama yang mengatakan bahawa bukan semua pencuri itu pembohong tetapi mereka yang berbohong itu selalunya akan mencuri,” katanya.

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

DIKEMASKINI: Puad Zarkashi tuntut Awang Selamat minta maaf atau BOIKOT UTUSAN

KLIK BACA: Najib nafi pembohong, pencuri atau penyangak, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq jangan jadi bodoh

KLIK BACA: “Pembunuhan Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share