Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wanita menolak cadangan pelaksanaan perintah berkurung terhadap remaja di Kelantan pada waktu malam bagi membendung gejala sosial.

Pegawai Komunikasi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Tan Heang-Lee berkata, cadangan itu melanggar kebebasan bergerak yang merupakan hak asasi manusia.

“Pendekatan ini juga amat simplistik dan tidak mengambil kira faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala sosial contohnya faktor ekonomi,” katanya kepada FMT.

Tan berkata, setiap gejala sosial juga mempunyai faktor yang berbeza.

“Tiada bukti yang menunjukkan perintah berkurung berkesan untuk menangani gejala sosial,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan PAS Kelantan sedia menimbang pelaksanaan perintah berkurung ke atas remaja pada waktu malam bagi mengatasi masalah gejala sosial di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, sekurang-kurangnya 7 buah negara di dunia sudah menjadikan perintah berkurung ke atas remaja dan kanak-kanak sebahagian daripada peruntukan undang-undang.

Mumtaz berkata, antara negara yang sudah melaksanakannya ialah Amerika Syarikat, Australia, Thailand, Jerman, Britain, Iceland dan United Kingdom.

Mengulas isu sama, Pengurus Komunikasi Sisters In Islam (SIS), Majidah Hashim berkata cadangan Kelantan itu bukan sahaja menjadikan sasaran yang tidak adil dan menghukum remaja, malah menjadi kesalahan kepada orang dewasa kerana melakukannya.

“Juga memberikan pendekatan yang menyimpang bagaimana isu-isu yang mempengaruhi belia harus diuruskan.

“Undang-undang yang sedia ada telah membuat sekatan kepada remaja dan belia seperti akses kepada alkohol, rokok dan aktiviti malam yang lain,” katanya.

Disebabkan itu, Majidah berkata tidak perlu dilaksanakan perintah berkurung kerana ia akan menyebabkan ketidakselesaan dengan mengenakan sekatan kepada majoriti remaja hanya untuk mengurangkan jenayah yang dilakukan oleh mereka yang minoriti.

“Sisters in Islam percaya ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab ke atas anak-anak mereka dan menentukan jam berapa anak mereka sepatutnya berada di rumah.

“(Cadangan) perintah berkurung terhadap anak-anak mereka seharusnya tidak menjadikan ibu bapa juga bersikap tidak adil,” katanya.

Majidah berkata, negara lain seperti Perancis, Rusia dan Jerman memilih untuk tidak melaksanakan larangan seperti perintah berkurung kerana ia menindas remaja dan mencipta ekstremisme, di mana akan membawa kepada fundamentalisme dan keganasan.

“Kerajaan negeri Kelantan seharusnya memberi tumpuan bagi mewujudkan gaya hidup yang lebih sihat dan memberi kepuasan kepada belia termasuklah seni, sukan dan lain-lain,” katanya. – Sumber FMT

DIKEMASKINI: Musa TERKEJUT kes tutup dibuka semula, mengaku tidak bersalah dijamin 2 juta

KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq silap besar

KLIK BACA: “Pembunuhan Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Kenapa penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share