Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf sekiranya program sembang santai yang dilakukannya Sabtu lalu mencetuskan persepsi dan kesimpulan kepada ahli parti.

Najib menjelaskan, beliau tidak berhasrat untuk kembali memegang jawatan sebagai presiden Umno dan perdana menteri memandangkan sudah memegang jawatan berkenaan lebih 9 tahun.

Najib juga meminta semua pihak memberikannya ruang dan peluang untuk melakukan peranannya sebagai “ pemimpin pemikir – thought leader” memandangkan mempunyai pengalaman dan pengetahuan menangkis dakwaan palsu, pembohongan dan fitnah dalam pentadbiran kerajaan.

“Apa yang menjadi hasrat saya adalah untuk memberikan pandangan dan idea yang boleh membantu ke arah memperkasakan parti dan mensejahterakan rakyat,” katanya menerusi siaran langsung di Facebooknya, hari ini.

Untuk rekod, hari ini rakan baik Najib Razak iaitu bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman didakwa 35 tuduhan rasuah melibatkan konsesi balak.

Sebelum itu, bekas timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini merupakan Presiden Umno didakwa dengan 45 tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram.

Manakala, Najib sendiri didakwa dengan 38 tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan menggubah wang haram dengan isterinya Rosmah Mansor menhadapi 17 pertuduhan sama. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Utusan tuduh Najib bohong RM2.6 bilion dalam akaun peribadi, sila minta maaf kepada ahli Umno

DIKEMASKINI: Musa Aman TERKEJUT kes tutup rasuah balak dibuka semula

KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq silap besar

KLIK BACA: “Pembunuhan Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share