Pendakwaan terhadap pemimpin Umno dan beberapa individu lain hanya bertujuan untuk menjejaki penyelewengan wang dalam 1MDB, kata Datuk Seri Nazri Aziz ketika mengulas ikrar kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk mengheret lebih ramai ‘jerung besar’ yang terbabit dalam rasuah pada era kerajaan BN.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir (Mohamad) hanya ingin membongkar dan mencari wang 1MDB yang diseleweng.

“Siasatan dan pendakwaan undang-undang yang dikenakan terhadap pemimpin Umno dan beberapa individu lain hanya bersandarkan motif untuk menjejak dan mengutip “all the money trail” daripada 1MDB.

“Perdana Menteri ingin cari ke mana wang dan dana 1MDB itu disalurkan. Sebab kita boleh nilai, bukan hanya pemimpin Umno BN yang ditahan, ia termasuk juga individu lain yang disyaki terlibat dalam skandal 1MDB.

“Beliau hanya ingin mendapatkan semula wang yang diseleweng itu,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata kerajaan akan terus mencari dan mengheret lebih ramai ‘jerung besar’ yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbiran BN.

“Akan ada ramai lagi orang akan diheret. Tetapi, sekarang kita terpaksa memberi fokus terhadap beberapa orang terlebih dahulu kerana kekurangan pegawai.

“Buat masa sekarang, kita ‘kejar’ jerung besar terlebih dahulu. Tetapi untuk heret mereka, kena kumpul cukup bukti untuk heret ke mahkamah keadilan dan kemudiannya tindakan boleh diambil,” kata Mahathir.

Baru-baru ini, sejumlah pegawai kerajaan didakwa kerana rasuah dan pecah amanah termasuk bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pertubuhan Risikan Luar Malaysia, Datuk Hasanah Ab Hamid.

Nazri mungkin tidak sedar bekas bosnya Dr Mahathir yang pernah disindirnya sebagai ‘orang tua baling gelas pun tidak pecah’ juga pernah mengatakan bahawa Malaysia seebelum ini telah menjadi seperti ‘lawless state’ di mana ramai pemimpin dan pegawainya tidak lagi menurut lunas undang-undang yang dimanipulasi bagi kepentingan politik malah jenayah.

Seperti mana ditegaskan Dr Mahathir semua pendakwaan terhadap pemimpin Umno atau pegawai kerajaan kini diserahkan kepada undang-undang dan mahkamah menentukan hukumannya.

Cara fikir kononnya dengan mengembalikan wang 1MDB boleh menyebabkan mereka terlepas dari hukuman adalah salah sama sekali.

Untuk rekod, hukuman bagi jenayah pecah amanah, penggubahan wang haram juga rasuah boleh dikenakan hukuman penjara atau sebat.

Dr Mahathir juga beberapa hari lepas menyatakan bahawa pihak kerajaan Pakatan Harapan tidak akan mengadakan sebarang ‘janji’ dengan penjenayah.

KLIK BACA: “Pembunuhan Jamal Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

KLIK BACA: Hishammuddin nafi cuba lari dari SPRM – pura-pura mahu cari Jho Low

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Saya beri Najib, Rosmah hadiah barang kemas, kereta mewah dan hartanah – Deepak

KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share