Hishammuddin menawarkan diri mencari Jho Low di China bagi menyelesaikan skandal 1MDB membabitkan sepupunya Najib Razak tanpa permintaan dari Putrajaya dan akan menggunakan perbelanjaan sendiri. – Foto FMT

Hishammuddin Hussein mendakwa niatnya membantu kerajaan mencari dalang utama skandal 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low di China bukan kerana mahu lari daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau yakin tidak terlibat dengan sebarang skandal rasuah yang memerlukan SPRM untuk memburunya seperti yang didakwa pihak tertentu.

“Apa yang SPRM ada (dakwaan) terhadap saya? Saya tak rasuah, kalau nak siasat, kenapa SPRM sampai hari ini tak ada panggil saya pun?

“Dalam hal ini saya tak bimbang orang nak cakap apa, cakaplah kalau mereka kata saya takut dengan SPRM biar SPRM sendiri dedahkan adakah perkara yang mereka nak siasat terhadap diri saya,” katanya ketika ditemui media di lobi parlimen,hari ini.

Tambah anggota parlimen Sembrong itu lagi, beliau akan bekerjasama dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam menyalurkan segala maklumat yang diperoleh berkaitan Jho Low.

“Beliau (Mohamad Fuzi) juga telah buat kenyataan sebelum ini bahawa beliau mengalu-alukan apa usaha yang saya boleh secara peribadi bantu mereka dalam siasatan berhubung kait dengan individu berkenaan (Jho Low),” katanya.

Hishammuddin bagaimanapun menjelaskan beliau belum berkesempatan untuk ke China bagi mencari Jho Low.

“Tapi saya tak tahu sebenarnya sama ada Jho Low ini masih ada China atau tidak dan kalau masih berada di China mengapa pihak China tak menyerahkan Jho Low kepada kita?,” katanya.

Manakala mengulas kos perbelanjaan beliau ke China, Hishammuddin sekali lagi menegaskan usaha itu dilakukan secara peribadi dan akan mengeluarkan belanja sendiri.

KLIK BACA: “Pembunuhan Jamal Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Saya beri Najib, Rosmah hadiah barang kemas, kereta mewah dan hartanah – Deepak

KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share