AHLI keluarga penumpang pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas menunggu di lapangan terbang Depati Amir, Pangkal Pinang, Indonesia. hari ini- REUTERS.

Ahli keluarga penumpang pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas menunggu di lapangan terbang Depati Amir, Pangkal Pinang, Indonesia. hari ini- Foto REUTERS.

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Pihak berkuasa Indonesia menjalankan operasi dan menyelamat sebuah pesawat tambang murah Lion Air yang dilaporkan hilang daripada radar selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pukul 6.33 pagi tadi.

Pesawat JT-610 dilaporkan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta, Jakarta, Indonesia pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan 13 minit kemudian.

Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pangkal Pinang, Belitung pada pukul 7.20 pagi.

Jurucakap agensi pencari dan penyelamat Indonesia, Yusuf Latif berkata, pesawat Boeing 737 MAX 8 itu disahkan terhempas.

Pesawat yang dalam perjalanan dari ibu kota ini ke Pangkalpinang terhempas di luar perairan Tanjung Karawang membawa 178 dewasa, seorang kanak-kanak, dua bayi dan tujuh kru.

Serpihan pesawat yang dipercayai milik penerbangan Lion Air JT-610 ditemukan di perairan Karawang.

Serpihan itu ditemukan oleh kapal milik syarikat petroleum Indonesia, Pertamina Hulu Energi.

Portal Detik.com melaporkan, antara barang-barang ditemukan antaranya jeket keselamatan dan beberapa barang pribadi penumpang, seperti telefon bimbit.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share