Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tindakannya menghentikan rakaman temu bual khas dengan Al Jazeera yang disiarkan hari ini, adalah disebabkan agensi berita antarabangsa itu tidak bersikap adil.

Menurut Najib, wartawan agensi itu, Mary Ann Jolley turut ‘menjerat’ dirinya kerana secara mendesak bertanya soalan mengenai isu kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan Jho Low yang bercanggah dengan topik asal yang dipersetujui.

“Walaupun saya sudah menjawab banyak soalan mengenai Altantuya dan 1MDB yang bukan pun di dalam skop yang dipersetujui, wartawan yang bernama Mary Ann ini tetap tidak mahu kembali kepada topik asal iaitu legasi saya dan ekonomi negara.

“Malahan, dia terus menekan tentang isu Altantuya dan 1MDB yang sedang di dalam proses pengadilan di mahkamah dan mencelah semasa saya sedang menjawab serta berulang-kali mengaitkan nama Jho Low kepada saya walaupun saya sudah jawab peranan Jho Low kepadanya dipermulaan wawancara ini,” katanya dalam entrinya di laman sosial Facebook pada Sabtu.

“Tetapi, wartawan [Mary Ann Joley] yang mengendali wawancara itu juga adalah wartawan bertanggungjawab bagi satu program mengenai pembunuhan Altantuya, dan dia bertegas mahu menyoal soalan mengenainya, di sebalik pelbagai penafian saya, di sebalik kes pembunuhan itu sudah melalui prosiding mahkamah terperinci, malah dua minggu lalu, atas permintaan saya, pegawai saya telah pun membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat semula bagi membersihkan nama saya,” ujarnya.

Justeru, beliau mengambil keputusan untuk menghentikan temu bual itu kerana tidak mengikuti apa yang telah dipersetujui dan didakwa berat sebelah kepadanya.

Najib dalam entri di Facebooknya sebelum itu, turut memohon maaf kepada Al Jazeera jika dilihat kurang sabar sehingga bertindak menghentikan temu bual berkenaan.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau sedang memikirkan keadaan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya, Norashman dan Riza Aziz yang disoal siasat polis pada waktu yang sama.

Ditanya dalam wawancara Al Jazeera itu Najib ditanya mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006, dengan Najib berkata: “Saya benar-benar tidak bersalah terhadap kes Altantuya.”

Beliau kemudian berkata: “Bolehkah kita pergi ke ekonomi? Anda telah menghabiskan banyak masa ini (pada 1MDB), jika tidak, saya akan keluar.

Najib berdiri dan berkata, “Itu sahaja, saya sudah selesai, jika anda bercakap tentang ekonomi saya akan duduk.”

Dia kemudian kedengaran membentak: “Come on, anda tidak adil kepada saya, jika anda mahu bertanya tentang ekonomi, saya akan teruskan…”

Najib berdiri apabila disoal lagi mengenai Jho Low kemudian keluar dari temuramah dengan ditemani seorang pembantu.

Untuk rekod, wartawan Al-Jazeera Mary Ann Joley pernah diusir dari Malaysia kerana rencana berkenaan pembunuhan Altantuya Shariibuu.

KLIK BACA: Saya beri Najib, Rosmah hadiah barang kemas, kereta mewah dan hartanah – Deepak

Dalam wawancara yang tegang itu, Najib juga mengakui bahawa beliau tidak menyesal mengusir pengacara rancangan tersebut (Mary Ann Jolley) dari Malaysia pada 2015 kerana menulis berita mengenai pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Najib berkata, pengusiran beliau [Mary Ann] adalah perkara yang baik kerana menganggu serta melakukan pembohongan di Malaysia.

Mary Ann pula menafikan mempunyai kepentingan politik dan membuat sebarang pembohongan namun hanya mahu menemubual Najib sambil cuba fahami perkara sebenar.

Najib kemudian memberi alasan keputusan pengusiran dilakukan oleh pihak berkuasa.

Mary Ann pula membalas dengan mendedahkan pihaknya mendapat tahu arahan itu dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Untuk rekod, Shaariibuu Setev bapa kepada mendiang Altantuya telah pun berjumpa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bagi merayu agar kes pembunuhan anaknya dibuka semula manakala 2 minggu selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan, presiden Mongolia mengeluarkan kenyataan agar keadilan diberi kepada Altantuya Shaariibuu. – Majalah Review Malaysia – MRM

MESTI BACA: Altantuya: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Saya beri Najib, Rosmah hadiah barang kemas, kereta mewah dan hartanah – Deepak

KLIK BACA: Arab Saudi nafi kerajaan mereka bagi derma 2.6 bilion kepada Najib

KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share