Datuk Seri Najib Razak mendakwa loket berlian merah jambu 22 karat yang dikatakan dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$27 juta [RM116.8 juta] adalah hadiah daripada putera raja dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Najib berkata, putera raja itu adalah Sheikh Mansour, saudara Putera Mahkota Sheikh Mohammed Zayed, yang juga Pengerusi International Petroleum Investment Company (IPIC).

“Kita tahu Jho Low rakan rapat Sheikh Mansour dan cincin itu adalah hadiah daripada Sheikh Mansour,” katanya dalam wawancara bersama Aljazeera 101 Timur, malam tadi.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai wang sebanyak AS$27 juta digunakan daripada dana 1MDB untuk membeli loket berlian itu untuk isterinya.

Ketika ditanya wartawan AlJazeera mengenai pertemuan Datin Seri Rosmah dengan Jho Low dan tukang emas serta Rosmah maklum ia hadiah daripada Jho Low, Najib sekali lagi menegaskan loket itu adalah hadiah daripada Sheikh Mansour.

“Yang kami tahu ia hadiah daripada Sheikh Mansour. Siapa tahu dari mana wang atau siapa yang membayarnya. Kami pun tidak tahu nilai hadiah itu,” katanya.

Menjawab soalan mengenai anak tirinya, Riza Aziz, membiayai filem Wolf of Wall Street dan membeli hartanah mewah secara besar-besaran yang didakwa DoJ menerusi dana 1MDB, Najib berkata, Riza seorang penggemar filem dan akan berusaha menjadikannya (kisah itu) sebagai filem.

“Putera Mahkota Mohammed Zayed memberitahu beliau di hadapan saya bahawa dia akan melabur dalam filemnya. Kami mengandaikan sebarang pelaburan dari Abu Dhabi untuk membiayai filem itu akan menjadi pinjaman.

“Anak tiri saya bersedia untuk membayar kembali setiap sen yang diberikan kepadanya,” katanya.

KLIK BACA: Soalan Jho Low dan Altantuya, Najib keluar temu bual dengan Al Jazeera

DIKEMASKINI: Akhirnya Najib mengaku cuma agak derma RM2.6 bilion

KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Arab Saudi nafi kerajaan mereka bagi derma 2.6 bilion kepada Najib

KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share