Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menyerang calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Abdul Hadi betul-betul sudah jadi Raja Lawak. Semua rakyat tahu dia pun kaki pusing halal haram. Putar-belitnya cukup hebat. Dia lupa pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) tahun 2008 pernah bersama Anwar dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Sekarang dia serang Anwar bertubi-tubi, dia menggambarkan seolah-olah Anwar tidak konsisten, kononnya pro kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di zaman serangan mata wang tahun 1998,” kata Ibrahim Ali dalam kenyataan kepada media hari ini.

Ibrahim mendakwa mungkin Abdul Hadi sudah lupa juga tahun itu, Pas menyokong DAP dalam PR yang mencetuskan permulaan wujudnya golongan anti-Melayu dan Islam yang berani menghina umat Islam dan orang Melayu.

“Ini kerana serangan dan pendedahan keburukan Anwar oleh jentera parti lawan tidak lebih dari ulang tayang. Sebelum PRU 14 pun Anwar turut dijulang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerak perubahan.

“Simbol parti PKR diizinkan dan Anwar sanggup melupakan penderitaan yang beliau lalui selama ini. Tiba-tiba apabila Pakatan Harapan (PH) sudah menang dan Barisan Nasional (BN) kalah, maka dimainkan cerita konon Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri, atas alasan moral.

“Saya dulu pun turut serang Anwar dan pada masa sama mempertahankan Tun Mahathir dan UMNO. Ketika itu semua pihak menyerang Mahathir,” jelasnya.

Beliau berkata, sejarah tidak boleh dipadamkan yang mana pihak mengecamnya dulu kini mengangkat dan menyokong Tun Dr Mahathir.

“Nasib baik ada isu kleptokrasi Najib yang menjadi modal kemenangan PH pada PRU14. Isu kos sara hidup rakyat dan janji PH kepada rakyat yang luar biasa.

“Keceluparan bahasa yang biadab oleh beberapa pemimpin UMNO untuk menyerang Tun Dr Mahathir sebenarnya membantu kemenangan PH. Tapi, tanpa kerjasama Anwar dan PKR belum tentu PH berjaya menewaskan BN,” tambahnya.

Menurut Ibrahim, keyakinannya terhadap masa depan Anwar adalah cerah kerana senario politik negara masa kini  tiada calon lain selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Katanya, pengundi dalam Parlimen Port Dickson sudah tentu bijak berfikir untuk memilih Anwar kerana Tun Dr Mahathir telah berulang kali menyatakan Presiden PKR itu bakal penggantinya.

“Justeru, saya harap Anwar akan menjadi Perdana Menteri yang baik untuk rakyat dan negara serta menjadikan ranjau duri dan onak yang dilaluinya selama ini sebagai keinsafan,” katanya sambil berharap tiada pihak menyalah tafsirkan pandangannya yang didakwanya iklas.

DIKEMASKINI: Umno pecah belah tidak lagi takut Najib, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rosmah lindungi Jho Low dapat akses di Putrajaya – Billion Dollar Whale

KLIK BACA: Polis Amar Singh berlakon filem Billion Dollar Whale babak serbu Pavilion

KLIK BACA: Derma RM2.6 bilion – Najib agak-agaklah kalau nak reka cerita dongeng

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak tahu malu nak bergabung dengan Anwar?

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share