Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap dakwaan tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Datuk Kevin Morais bahawa beliau menawarkan RM3.5 juta kepadanya untuk mengaku melakukan pembunuhan itu sebagai mengarut.

Najib berkata, terdapat tujuh individu dituduh dalam kes pembunuhan timbalan pendakwa raya berkenaan dan hanya tertuduh ketujuh membuat dakwaan sedemikian.

“Hanya orang kena tuduh (OKT) yang ketujuh tiba-tiba mendakwa saya menawarkan RM3.5 juta melalui seorang pegawai penjara yang tidak dinamakan untuk mengaku membunuh Kevin.

“Sebelum menuduh saya, OKT ketujuh ini juga pernah menuduh adik kepada Kevin Morais menawarkan RM2 juta kepadanya untuk mengaku membunuh Kevin.

“Malah sebulan sebelum itu, OKT ketujuh ini juga mendakwa bahawa Dr Kunaseegaran yang turut didakwa dalam kes ini telah menawarkan RM1.5 juta bagi mengaku membunuh Kevin,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya semalam.

“Tuduhan OKT ketujuh ini untuk melibatkan nama saya nampaknya sangat mengarut,” tegas Najib.

Bernama sebelum ini melaporkan tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Kevin membuat pengakuan ditawar RM3.5 juta daripada Najib di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk melakukan pembunuhan berkenaan.

S. Ravi Chandaran, 47, turut mengakui tawaran itu dibuat melalui pegawai penjara dan selai itu, dia turut menerima tawaran daripada adik Kevin Morais sendiri iaitu Datuk Richard Morais untuk membuat pengakuan sama.

Ravi Chandaran yang juga saksi pembelaan keenam berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam Datuk N.Sivananthan yang mewakili pakar patologi tentera, Dr R. Kunaseegaran, pada prosiding membela diri hari ke-24.

“Oleh kerana pasukan propaganda Pakatan bekerja kuat dalam menanam kebencian terhadap saya, maka ramai termakan fitnah dan mempercayai yang saya terlibat walaupun tidak logik sama sekali,” katanya.

Menurut Najib, pada akhir Mei lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull turut menafikan tanggapan umum bahawa pembunuhan Kevin mempunyai kaitan dengan kes dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd mahupun 1MDB.

DIKEMASKINI: Umno pecah belah tidak lagi takut Najib, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rosmah lindungi Jho Low dapat akses di Putrajaya – Billion Dollar Whale

KLIK BACA: Polis Amar Singh berlakon filem Billion Dollar Whale babak serbu Pavilion

KLIK BACA: Derma RM2.6 bilion – Najib agak-agaklah kalau nak reka cerita dongeng

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak tahu malu nak bergabung dengan Anwar?

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share