Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan skandal kes 1MDB.

Pengarahnya, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata pihaknya memerlukan maklumat daripada mereka bagi membantu siasatan.

“Najib dan isterinya akan dipanggil lagi untuk dirakam keterangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK di Menara KPJ, di sini, hari ini namun, Amar Singh tidak mendedahkan bila mereka akan hadir.

Sementara itu, Amar Singh turut mengesahkan mengambil keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, kelmarin berhubung kandungan ceramahnya mengenai syarikat itu sebelum PRU14, 9 Mei lalu.

Pada sidang media yang sama ketika ditanya mengenai buku ‘Billion Dollar Whale’ yang bakal difilemkan Amar berkata: “Saya tidak mahu komen, saya baru hendak membaca buku itu, ada kemungkinan mereka perlu menghubungi saya untuk berlakon dalam babak serbuan di Pavilion.”

Sebelum itu, penulis bersama buku berkenaan, Tom Wright berkongsi berita mengenai buku yang mendedahkan perincian mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low bakal diangkat ke layar perak.

Filem itu akan diterbitkan Ivanhoe Pictures yang juga anak syarikat SK Global, bersama aktres antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang menjalin kerjasama dengan syarikat itu baru-baru ini.

Serbuan di Pavilion merujuk kepada serbuan polis jabatan itu yang diketuai Amar di kondominium di ibu negara yang dikaitkan dengan Najib dan Rosmah apabila polis merampas sejumlah wang dan barangan berjenama mewah.

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rosmah lindungi Jho Low dapat akses di Putrajaya – Billion Dollar Whale

KLIK BACA: Derma RM2.6 bilion – Najib agak-agaklah kalau nak reka cerita dongeng

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak tahu malu nak bergabung dengan Anwar?

KLIK BACA: Saya tak mencuri simpan berbilion Ringgit untuk kegunaan peribadi – Najib

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share