Najib beri bukti meragukan bahawa derma RM2.6 bilion dari putera raja Arab Saudi. – Foto Free Malaysia Today

oleh Shahbudin Husin

“Apa yang saya tahu dalam dunia perniagaan, ada juga berlaku kakitangan menandatangani surat bagi pihak majikan mereka.”

Demikianlah jawapan Najib Razak berhubung laporan bahawa surat putera Diraja Arab Saudi yang didedahkannya sebelum ini sebenarnya bukan ditandatangani anak raja berkenaan, sebaliknya oleh wakilnya sahaja.

Najib dalam laman Facebooknya beberapa hari lalu mendedahkan sepucuk surat yang ditandatangani oleh Putera Saud Abdulaziz Al-Saud sebagai bukti wang RM2.6 bilion yang diterimanya adalah suatu bentuk derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan bukan songlapan dana 1MDB yang didalangi oleh Jho Low.

Begitu pun, laporan yang didedahkan oleh The Edge Weekly semalam mendapati meskipun nama penandatangan surat itu ialah Saud Abdulaziz Al-Saud, ia sebenarnya disediakan dan ditandatangani oleh wakilnya saja iaitu Mohamad Abdullah Al Koman.

Mohamah Abdullah memberitahu penyiasat bahawa dia adalah orang yang menyediakan dan menandatangani surat itu bagi pihak putera Diraja Arab Saudi itu, kata laporan itu yang menyebut bahawa Mohamad juga gagal memberi sebarang butiran mengenai wang yang dimasukkan ke akaun Najib itu.

Meskipun Najib mengatakan wang yang diterimanya adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, beliau bagaimanapun tidak menafikan kemasukan itu melalui Tanore Finance yang dipunyai oleh Jho Low bersama individu lain yang dikenali sebagai Eric Tan Kim Loong yang kini dicari PDRM dan SPRM.

Terus mempertahankan kenyataannya susulan pendedahan The Edge Weekly itu, Najib berhujah bahawa ada juga berlaku kakitangan menandatangi surat bagi pihak majikan mereka.

Logik atau tidak hujah Najib kali ini?

Atau ini satu lagi episod cerita dongeng daripada fantasi Najib?

Kalau nama yang tertera pada surat berkenaan ialah Saud Abdulaziz Al-Saud, siapakah yang patut menandatanganinya?

Jika orang lain yang menandatangi sesuatu surat itu tanpa diletakkan perkataan “b/p” atau “bagi pihak”, apa lagi jika tandatangannya berbeza dengan tandatangan pemilik sebenar, apakah surat berkenaan sah atau boleh dianggap sebagai surat palsu?

Ketika Najib jadi Perdana Menteri dahulu, jika ada surat yang tertera nama Najib Razak serta menggunakan kepala surat Perdana Menteri Malaysia, pernahkah sesiapa selain dirinya yang menandatangani surat berkenaan?

Bolehkah Najib memberi bukti di mana dalam dunia perniagaan bahawa wakil boleh menandatangani surat bagi pihak majikan mereka?

Adakah pernah surat Nazir Razak selaku Pengerusi CIMB, iaitu adiknya sendiri yang tertera namanya tetapi ditandatangani oleh wakilnya?

Bolehkah Najib berlaku jujur dalam dalam ini?

Akhirnya, untuk renungan Najib yang nampaknya tidak pernah berubah, jauh sekali untuk insaf atas kelakuan salahnya selama ini, meskipun Tuhan telah menarik kuasa yang dimiliknya, ada pepatah mengatakan – “Apabila kamu berbohong sekali, kamu terpaksa berbohong seribu kali untuk menutup pembohongan yang pertama itu.”

Najib, agak-agaknya kalau ia pun nak reka cerita dongeng dan masih mahu memperbodohkan orangramai!! – ShahbudinHusin

KLIK BACA: Najib juga berisiko melarikan diri seperti Isa Samad dan Shafie Apdal?

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rosmah lindungi Jho Low dapat akses di Putrajaya

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak tahu malu nak bergabung dengan Anwar?

KLIK BACA: Saya tak mencuri simpan berbilion Ringgit untuk kegunaan peribadi – Najib

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share