Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau membela diri di mahkamah untuk membersihkan namanya. – Foto NSTP

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan 45 pertuduhan rasuah dan pertuduhan pengubahan wang haram berkata beliau yakin dapat membuktikan dirinya bukan “seorang pencuri”.

“Saya yakin perjalanan kes ini membuka ruang untuk membersihkan nama dan kebenaran dapat ditegakkan,” katanya kepada BERNAMA selepas selesai prosiding pendakwaan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tempohari.

Nota Ana Ghoib: Ana Ghoib menjangkakan ‘for sure’ akan ada ‘negotiation’ samada antara MOI atau isteri MOI akan masuk ke penjara berdasarkan pertuduhan yang berderet-deret di bawah.

Bagaimana pun dalam bancian di laman Facebook Majalah Review Malaysia di dapati 56 peratus pembanci mahukan Najib Razak dan Rosmah Mansor di maafkan.

Segalanya terletak ditangan Tun Dr Mahathir yang Najib tidak mahu pandang muka beliau pun sewaktu berdepan di dewan rakyat tempohari.

Marah-marah juga tapi sebagai manusia biasa dan beragama Islam – berdamailah…yang sudah itu sudah – jangan membalas begitu teruk sangat.

Firman Allah: Sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. – (Al-Baqarah 2:178)

Janganlah kita nampak sangat membuli Najib meskipun sebelum ini kita terasa amat dibuli kerajaan BN tetapi bila orang berbuat tak baik – balaslah dengan kebaikan. Maafkan dan serta merta kita akan menjadi kawan semula seagama sebangsa. – Amin

KEKHUSYUKAN Tun Mahathir berkenaan kes Najib dan Rosmah juga pemimpin Umno terbukti melekakan dirinya terhadap kos hidup rakyat yang membebankan.

Lihat sahaja kenyataan dangkalnya konon manifesto PRU14 bukan kitab suci yang wajib dipatuhi dan pengisytiharannya bahawa mustahil hapus tol, manakala kawannya Guan Eng pakar duit pula dengan penuh yakin mengatakan mencukai orang kaya mencetuskan kejutan pasaran modal dan kewangan negara – mengulangi hujah pemimpin Umno-BN.

Berdosa jadi munafik memungkiri janji – kalau tak beri banyak, sedikit pun jadilah seperti pengurangan tol dan gaji 2 ribu baru bayar PTPTN.

Menurut firasat Ana Ghoib jika tak kau tunai janji itu maka Allah akan terus mencekak leher kerajaan baru PH pimpinan Tun Mahathir dari segi nilai ringgit atau kedudukan ekonomi sebagaimana Allah mengekang keberkatan bumi Malaya selepas pembunuhan Altantuya yang mana kalian bertengkar-tengkar mengenainya.

Takutlah memungkiri janji wahai orang politik kaya raya. Azab Allah tidak dapat ditolak dari orang aniaya walau sebanyak mana penyokong. Hidup di dunia paling teruk hidung kamu diberi tanda munafik dan mati munafik yang tempatnya didasar JAHANAM menurut hadis dan Al-Quran.

Firman Allah: Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan)?. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: ” (Ini) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala”. (Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) – Kami akan adakan tanda di atas hidungnya. – (Al-Qalam 68:14-16)

*Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib Ini bukan dongeng tapi huruf demi huruf yang bergelora…

KLIK BACA: Kita semua ahli Umno kena tipu, kata Khairy berkenaan kes Najib, 1MDB

TERKINI: Rosmah dituduh minta rasuah RM187 juta, terima RM1.5 juta projek solar di sekolah Sarawak

KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share