Anwar Ibrahim mungkin gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 menggantikan Tun Dr Mahathir sekiranya gagal mengawal diri dan penyokongnya yang menampakkan perpecahan dalam PKR. – Foto The Sun Daily

oleh Tan Sri Zainuddin Maidin

Tulisan aktivis Hishamuddin Rais bertajuk: Merakam Sejarah – Disailang – yang saya kenal sebagai aktivis pelajar golongan kiri sejak tahun 60an yang hilang dari negara dan muncul semula dengan berani bila Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah memberikan maklumat yang mengesahkan apa yang berlaku ketika Tun Mahathir menghadapi saat-saat genting untuk menubuhkan kerajaan baru Pakatan Harapan.

Tulisan yang bersiri ini wajar dibaca oleh setiap orang kerana saya percaya ada banyak kebenarannya dari maklumat dalaman yang diperolehi oleh Hishamuddin.Tulisan ini juga jika dibaca yang tersirat mendedahkan bahawa Hishamuddin bukanlah lagi orang kuat Anwar Ibrahim dan demikian juga Mat Sabu (Menteri Pertahanan) kerana masalah nilai moral.

Bagi saya tulisan ini menggambarkan bahawa sekalipun Anwar menegaskan beberapa kali keyakinannya Mahathir akan menunaikan janjinya untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri dalam masa dua tahun tetapi keyakinan ini bercampur dengan keraguan yang bertambah nampak keraguannya setiap kali Anwar mengulangi keyakinannya itu.

DIKEMASKINI: Hishamudin jawab Anwar, aku tak ambil pot siapa jadi PM!!!

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

Ini adalah kerana ketidaksabaran beberapa orang rapat Anwar sendiri yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Kanan dalam kabinet Anwar walaupun Anwar belum menjadi PM seperti Rafizi Ramli dan Datuk Johari Abdul MP Sungai Petani.

Ini adalah jelas dari tindakan istei Anwar Ibrahim Wan Azizah sendiri (sekarang Timbalan Perdana Menteri) yang mahukan Mahathir melakukan tindakan di luar undang-undang bagi melantik Rafizi sebagai Menteri Kewangan sehingga hampir menggagalkan pembentukan kabinet jika Mhathir tidak cekap dan tegas.

Orang ramai adalah amat bersimpati pada Mahathir pada hari itu sebagai seorang tua yang menghadapi tekanan dari sejak malam menunggu keputusan PRU. (tulisan Hishamuddin ini menjelaskan segala-galanya)

Rafizi jelas mahu menjadi Menteri Kewangan dan melihat perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Ekonomi dan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan akan menjadi halangan terbesar kepadanya kerana mereka mempunyai kaliber dan kebolehan serta pengalaman yang lebih besar darinya.

Usaha pertama dari Wan Azizah untuk menyekat perlantikan mereka oleh Mahathir dalam saat-saat Mahathir menghadapi keadaan yang amat genting telah gagal sehingga Tun Mahathir rela menemui Anwar dalam tahanan.

Oleh kerana rahsia ini telah diketahui umum maka populariti Anwar semakin menurun di kalangan bukan Melayu terutama DAP dan juga Melayu kerana mengetahui bayang-bayang Anwar membuat tekanan terhadap Mahathir dalam saat-saat Mahathir memerlukan simpati dari rakyat.Tulisan Hishamuddin mengesahkan prasangka rakyat.

Tindakan Tun Mahathir menolak bantahan itu atas alasan yang sah menyebabkan Mahahtir makin popular dan mantap di kalangan bukan Melayu sehingga ada tuduhan DAP menjadi alat Mahathir.

Hal ini memaksa Anwar untuk membuat penafian bahawa beliau tidak mempunyai rancangan untuk membawa PKR bersatu dengan UMNO tetapi inilah pandangan di kalangan bukan Melayu sekarang.

Maka itu cabaran terhadap Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR tidak boleh dianggap sebagai hanya pertandigan antara Rafizi dengan Azmin tetapi mereka adalah dua proksi di dalam dan di luar PKR yang keputusannya kelak akan memberi kesan buruk dan buruk kepada masa depan Rafizi dan Azmin untuk memimpin negara ini.

Ia juga akan memberi kesan samaada Tun Mahathir akan berundur lebih awal untuk memberi laluan pada Anwar yang tidak sabar tetapi ini juga bergantung kepada keputusan rakyat terutama bukan Melayu.

Apa yang kita lihat sekarang sebagai usaha berbaik-baik antara Anwar Ibrahim dengan Mahathir adalah ibarat pepat di luar runcing di dalam. Ia akan bertambah runcing selepas keputusan pertandingan antara Rafizi dengan Datuk Azmin Ali pada 13 Oktober ini.

Bagaimanapun suatu hal yang sudah pasti ialah kedudukan Anwar Ibrahim yang gah sebagai seorang perintis reformasi tidak lagi mantap seperti dulu kerana perpecahan tersembunyi dalam PKR sekarang amat parah.

Dalam pada itu UMNO terus mengharapkan untuk menangguk di air keruh tetapi rakyat melihat UMNO semakin keruh dengan skandal kewangan yang terdedah satu demi yang rakyat mahu memberikan masa kepada Mahathir untuk membersihkan imej negara dan memperbaiki keadaan ekonominya dalam kemerdekan negara kali kedua.

*Tan Sri Zainuddin Maidin adalah bekas menteri penerangan dan ketua pengarang Utusan.

DIKEMASKINI: Hishamudin jawab Anwar, aku tak ambil pot siapa jadi PM!!!

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

KLIK BACA: SPRM siasat Hishammuddin mungkin terima wang kes ketua perisik

KLIK BACA: Guan Eng bebas, SPRM baru sekarang pulak terkejut?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

KLIK BACA:Skandal AS$12 juta agen perisik, Najib dan rakyat patut berterima kasih BN kalah PRU

KLIK BACA: Kenapa Najib atau kerajaan BN buat ‘perjanjian bodoh’ dengan China dan Singapura? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir masuk PAS – Hadi oh Hadi, masalahnya Najib masih bersama Umno!

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share