Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berdepan dengan kesukaran mengurus dan memulihkan ekonomi negara sekiranya memegang jawatan perdana menteri pada ketika ini.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia kerana negara dibebani dengan hutang yang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Justeru, katanya, memegang jawatan nombor satu negara bukan satu tugas yang mudah kerana tiada siapa menjangkakan ekonomi negara seteruk ini selain terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang memburukkan lagi imej negara di mata dunia.

“Kerajaan baharu memang banyak cabaran, kalau saya jadi perdana menteri pun tidak mudah, tiada siapa boleh jangka ekonomi negara kita teruk macam ini, dengan masalah Felda dan 1MDB,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Kedah dan Perlis, di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata apa yang menghairankan ketika ini adalah apabila ada dalam kalangan pemimpin Umno yang mengkritik kerajaan baharu dengan pelbagai modal, sedangkan ‘kerosakan’ negara itu adalah berpunca daripada mereka. – Bernama

DIKEMASKINI: Hubungan Anwar Mahathir pepat diluar runcing di dalam – ZAM

DIKEMASKINI: Hishamudin jawab Anwar, aku tak ambil pot siapa jadi PM!!!

KLIK BACA: SPRM siasat Hishammuddin mungkin terima wang kes ketua perisik

KLIK BACA: Guan Eng bebas, SPRM baru sekarang pulak terkejut?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

KLIK BACA: Himpunan Pasir Salak – Melayu dah bangkit PRU14, Umno nak suruh bangkit apa lagi?

KLIK BACA: Kenapa Najib atau kerajaan BN buat ‘perjanjian bodoh’ dengan China dan Singapura? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir masuk PAS – Hadi oh Hadi, masalahnya Najib masih bersama Umno!

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share