Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Tan Sri Larry Low Hock Peng dan anaknya Low Taek Jho atau Jho Low. Mereka dikenakan tuduhan pengubahan wang haram oleh Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman dan Jabatan Peguam Negara (AGC), di Mahkamah Sesyen di Putrajaya.- Foto China Press

The Edge melaporkan Jho Low dikenakan lapan tuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan, 2001 (Akta 613) – tiga daripadanya kerana menerima wang dan baki lima lagi disebabkan memindahkan dana.

Bapa Jho Low, Tan Sri Low Hock Peng pula berdepan satu pertuduhan iaitu memindahkan AS$56 juta (RM230 juta) kepada anaknya.

Jumlah yang terlibat dalam urus niaga tersebut adalah kira-kira AS$261 juta (lebih RM1 bilion) untuk penerimaan wang dan AS$196 juta (kira-kira RM805 juta) untuk pemindahan dana – semuanya dilakukan melalui akaun berasingan di Bank BSI Singapura antara Disember 2013 dan Jun 2014.

oleh Shahbudin Husin

Kerajaan jelas memperlihatkan sikap yang semakin serius hari demi hari dalam mengambil tindakan berhubung siasatan skandal 1MDB.

Semua ini selaras dengan keinginan rakyat yang memberi undi kepada kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum lalu ialah untuk melihat semua yang terlibat dalam skandal itu dapat dibawa ke muka pengadilan.

Selain sembilan pertuduhan jenayah telah dikemukakan keatas Jho Low dan bapanya di mahkamah Putrajaya semalam, waran tangkap terhadap dua beranak itu juga turut dikeluarkan.

Waran tangkap itu bertujuan untuk membolehkan pihak polis bekerjasama dengan Interpol bagi menjejaki Jho Low dan bapanya yang dipercayai berada sama ada di China atau Dubai dan seterusnya melakukan ekstradisi selepas mereka berjaya ditangkap nanti.

Diharap dengan langkah terbaru ini, dunia akan menjadi sempit bagi Jho Low, bapanya serta semua yang terkait dengan 1MDB.

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri, punca tamatnya kuasa politik Umno

Najib Razak juga diharapkan tidak gelabah dengan tindakan terbaru kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad ini kerana yang mahu dicari hanyalah dan mengembalikan semula sebanyak mungkin wang rakyat yang telah dicuri.

Kepada rakyat Malaysia, kita semua hendaklah bersabar dan terus memberi sokongan kepada kerajaan dalam apa jua tindakan yang diambil berhubung perkara penyiasatan skandal 1MDB.

Semoga, dengan sokongan kita semua, dalam tempoh 100 hari yang seterusnya Pakatan Harapan mentadbir negara ini, bukan saja Jho Low dan bapanya dapat dijejaki dan dibawa balik untuk diadili, bahkan sedikit demi sedikit kebenaran hakiki tentang skandal 1MDB akan terungkai jua akhirnya.

Selain itu, kapal Equanimity yang baru-baru ini diserahkan kepada kita oleh Indonesia dengan persetujuan Amerika Syarikat juga telah mendapat kebenaran mahkamah untuk dijual.

Selepas ini, sebuah jet peribadi milik Jho Low yang sejak sekian lama tersadai di Singapura juga dalam proses untuk dibawa balik serta dijual sama.

Setidak-tidaknya, hasil jualan itu dapat juga dikembalikan kepada kantung kewangan negara yang sebelumnya digunakan untuk membayar segala hutang 1MDB.

Yang nyata, perkembangan ini menunjukkan perkembangan siasatan pihak berkuasa semakin menunjukkan hasil yang positif.

Berdasarkan apa yang dilakukan kerajaan ini, kita tentunya semakin yakin bahawa orang jahat tidak akan selamanya lepas bebas dan tupai yang pandai melompat-lompat pun selalunya akan jatuh ke tanah akhirnya.

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri, punca tamatnya kuasa politik Umno

KLIK VIDEO: ”Semua bekas menteri duduk diam, tunduk cekup telur” – Ucapan lawak Mat Sabu

KLIK VIDEO: Tun Mahathir hentam Najib-Rosmah-Jho Low, ‘duit rakyat perasan duit dia’…

KLIK BACA: Najib presiden Umno yang paling malang…

KLIK BACA: Rakyat gembira Najib bukan PM, Umno-Pas tak payah kecoh manifesto PH

KLIK BACA: Najib aktor politik terbaik di dunia 

KLIK BACA: Nazri hilang jawatan terus ‘korner baring’ sokong PM Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share