Irwan Siregar menafikan wang RM18 bilion daripada kutipan cukai GST hilang. – Foto NSTP

Wang kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) RM18 bilion tidak hilang seperti didakwa menteri kewangan Lim Guan Eng semalam di Parlimen.

Bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah menjelaskan ia berada dalam Kumpulan Wang Disatukan.

“Setiap sen dikira, ia adalah duit rakyat, lebih penting ia berada dalam Kumpulan Wang Disatukan, kemudian bila diperlukan, ia akan dikeluarkan” katanya dipetik Utusan Online.

Irwan mengulas dakwaan Lim Guan Eng di Parlimen yang mendedahkan RM18 bilion dalam tabung Bayaran Balik GST “hilang”.

Guan Eng berkata sejumlah RM19.4 bilion dalam tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak pelaksanaannya pada April 2015.

Beliau menyatakan sebanyak RM9.2 bilion atau 47 peratus tunggakan pada tahun ini dan RM6.8 bilion lagi (35 peratus) pada 2017.

Sejumlah tunggakan RM2.8 bilion (15 peratus) tidak dibayar pada 2016 dan selebihnya RM600 juta (3 peratus) pada 2015.

“Baki sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik hanyalah sekitar RM1.49 bilion sahaja. Ini menandakan ada kekurangan kira-kira RM18 bilion,” katanya.

KLIK BACA: Curi di Pejabat Perdana Menteri, mungkin hanya berlaku di Malaysia

KLIK BACA: Zahid: Saya tak tahu RM3.5 juta di pejabat Najib, pengawal keselamatan ditahan SPRM

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, kalau sahabat dulu kaya skrg miskin [Najib], jangan pijak kepala

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah jangan ganggu Umno-BN, nanti kalah lagi pilihan raya kecil

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share