Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan perintah larangan terhadap buku Zunar ‘Sapuman: Man of Steal’.

KUALA LUMPUR: Peguam N Surendran yang mewakili Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque berkata, Peguam Kanan Persekutuan Natrah Idris memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenai pembatalan perintah larangan itu selepas menerima surat daripada KDN semalam lapor Harian Metro.

Surendran dipetik portal itu berkata, kandungan surat itu menyatakan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Menteri Dalam Negeri [Tan Sri Muhyiddin Yassin] memutuskan untuk membatalkan perintah larangan itu, pada 2 Ogos lalu.

Sehubungan itu, katanya, Mahkamah Tinggi tidak meneruskan mendengar permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan anak guamnya bagi mencabar perintah larangan oleh KDN yang sepatutnya didengar hari ini.

Surendan memaklumkan, Hakim Datuk Azizah Nawawi melalui prosiding dalam kamar hari ini memutuskan Menteri Dalam Negeri [Zahid Hamidi] yang dinamakan sebagai responden membayar ganti rugi berikutan anak guamnya tidak dapat menjual buku karyanya sepanjang tempoh larangan.

“Taksiran ganti rugi itu akan ditentukan kemudian oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi,” katanya.

Zunar selaku pemohon memperoleh kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman pada 12 Februari 2017 bagi mendapatkan perintah antaranya, untuk membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri bertarikh 3 Oktober 2017 berhubung larangan terhadap buku berkenaan.

KLIK BACA: Zahid tak tahu RM3.5 juta di pejabat Najib, hingga pengawal keselamatan ditahan SPRM

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, rayu ahli Umno kenang jasa Najib, jangan pijak kepala

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: RM18 bilion ‘hilang’ dari tabung bayar balik GST, dedah Guan Eng

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah jangan ganggu Umno-BN, nanti kalah lagi pilihan raya kecil

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share