Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan RM18 bilion kurang dalam tabung bayaran balik GST dan mendakwa pentadbiran terdahulu menyalahgunakan wang tersebut.

Ketika membentangkan RUU Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Mansuh) 2018 hari ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah keseluruhan bayaran balik GST adalah sebanyak RM19.4 bilion semenjak pelaksanaan cukai itu sehingga ke 31 Mei 2018.

“Jumlah wang baki yang sedia ada dalam tabung bayaran balik (GST) RM 1,486 juta, saya nak tegaskan ini jumlah wang yang disahkan selepas pemeriksaan dan audit dalaman oleh jabatan kastam, menandakan kekurangan kira-kira RM 18 bilion,” katanya.

“Tunggakan sebesar ini – berlaku bukan saja kerana garis panduan tidak dipatuhi, tetapi ia dianggap… kerajaan dulu untuk menyelewengkan jumlah wang baki yang sedia ada,” tegasnya.

Menurut perangkaan jabatan kastam, jumlah bayaran balik GST untuk 2017 adalah sebanyak RM9.18 bilion, pada 2016 (RM6.78 bilion) dan pada 2015 (RM610 juta).

“Tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan aliran tunai kerajaan persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran berleluasa dan pertambahan hutang yang besar,” katanya di dewan rakyat.

Guan Eng turut mendakwa pentadbiran terdahulu memalsukan akaun dan menyalahgunakan dana dalam akaun bayaran balik GST untuk menutup defisit dasar kewangan kerajaan.

“Apa yg dilakukan oleh pentadbiran terdahulu merupakan pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik cukai (GST) untuk kegunaan lain atau menutup defisit supaya menunjukkan keadaan akaun baki semasa berlebihan.

“Kami kesal bahawa tunggakan ini berlaku kerajaan lama masukkan kutipan GST ke dalam akaun amanah yang dikhaskan untuk melunaskan tuntutan cukai.

“Kerajaan BN telah merompak akaun amanah tersebut,” dakwa Guan Eng.

Ulasan oleh Shahbudin Husin

Sebagaimana yang didedahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Parlimen hari ini, sejumlah RM18 bilion daripada akaun bayaran balik GST didapati telah diselewengkan.

Bayaran itu sepatutnya dikembalikan kepada peniaga dalam tempoh dua minggu selepas mereka memfailkan tuntutan.

Selama ini ramai pemimpin UMNO dan BN sibuk menyatakan GST adalah sistem cukai yang efisen, cekap dan kurang ketirisan berbanding SST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Adakah ia hanya cekap dan efisen dalam bab kutipan daripada rakyat semata-mata, tetapi tidak berkaitan wang yang berjaya dikumpulkan?

Sediakah Najib Razak selaku bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan era BN sebelum ini menjelaskan mengenai kehilangan wang itu?

Bayangkan apa terjadi kepada kehilangan wang itu sekiranya dalam PRU14 lalu rakyat tidak berubah dan BN masih lagi memerintah?

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, rayu ahli Umno kenang jasa Najib, jangan pijak kepala

KLIK BACA: Jho Low serah diri atau berani sahut cabaran Dr Mahathir tuntut kapal Equanimity?

DIKEMASKINI: Najib diheret ke mahkamah lagi, kali ini 3 pertuduhan gubah wang haram

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah jangan ganggu Umno-BN, nanti kalah lagi pilihan raya kecil

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share