Kapten Equanimity mendakwa beliau dan kru cemas apabila melihat sekumpulan pegawai polis bersenjata naik ke atas kapal persiaran mewah itu ketika ia tiba ke perairan Malaysia semalam.

“Secara jujurnya, pada awalnya kami ada sedikit kebimbangan kerana ia keadaan baru kepada semua orang. Tetapi selepas beberapa ketika mereka sudah biasa dan menyesuaikan diri,” kata kapten kapal warga Norway, Oystein Senneseth seperti dilapor Star Online.

Bagaimanapun Oystein Senneseseth berkata kesemua 18 orang anak kapal telah dilayan dengan baik oleh pihak berkuasa Malaysia dan kesemua anak kapal bebas juga bebas bergerak tetapi orang ramai masih dilarang naik ke atas Equanimity.

Equanimity diiringi empat bot polis marin Malaysia ketika kapal persiaran itu tiba di Boustead Cruise Centre di Pelabuhan Klang semalam dengan disambut pegawai Pejabat Peguam Negara (AGC), polis, pegawai tentera laut, pihak media dan orang ramai.

Kapal Equanimity dipercayai milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, dikenali sebagai Jho Low itu dibeli dengan harga AS$ 250 juta (kira-kira RM1 bilion) menggunakan dana yang didakwa pihak berkuasa Amerika Syarikat diselewengkan daripada 1MDB.

Sebelum ini, kapal itu dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia di perairan Teluk Benoa, Bali.

Peguam Jho Low mengutuk penghantaran kapal tersebut ke Malaysia sebagai campur tangan dalam proses mahkamah Indonesia, yang masih belum memutuskan penyitaan kapal itu.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tommy Thomas berkata pihaknya telah mendapatkan waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dengan demikian telah menyita kapal persiaran mewah itu dengan cara yang betul.

1MDB, berada di bawah pengurusan baru juga menuntut pemilikan kapal itu juga.

Bernama melaporkan semalam peguam mewakili kerajaan berkata masa antara enam hingga sembilan bulan diperlukan untuk mengetahui pemilik sebenar kapal tersebut dan kos penyelenggaraan kapal itu adalah sebanyak RM3 juta sebulan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini berkata kapal persiaran mewah itu akan dijual kepada pembida tertinggi.

Manakala, Datuk Seri Najib Razak dipetik Astro Awani berkata beliau tidak tahu menahu atau pernah menaiki kapal tersebut namun mendakwa harga Equanimity akan susut malah tidak ramai mampu membelinya di Malaysia.

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, rayu ahli Umno kenang jasa Najib, jangan pijak kepala

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Jho Low serah diri atau berani sahut cabaran Dr Mahathir tuntut kapal Equanimity?

KLIK BACA: RM18 bilion ‘hilang’ dari tabung bayar balik GST, dedah Guan Eng

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah jangan ganggu Umno-BN, nanti kalah lagi pilihan raya kecil

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share