Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar, mengusik calon PKR Dun Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni ingin menyerbu rumahnya selepas sesi ceramah berakhir.

Xavier berseloroh untuk melihat sejauhmana harta kekayaan Zawawi , adalah lebih elok rakyat melihat sendiri kekayaannya.

“Lepas ini kita pergi rumah ustaz Zawawi nak cek 500 beg,” katanya dalam ceramah khas bersama Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Sinar Harian.

Usikan Xavier itu disambut gelak tawa oleh hadirin yang hadir bagi menyaksikan ceramah khas berkenaan.

Xavier berkata demikian bagi menyindir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir di Sungai Kandis bagi membantu calon BN Datuk Seri Lokman Noor Adam.

Xavier turut menyeru pengundi Sungai Kandis agar menolak BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis sepertimana yang telah dilakukan oleh rakyat pada PRU14 lalu.

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

KLIK BACA: Surat CIA bukan derhaka, Najib tak tahu, kata Hasanah

KLIK BACA: “Import intan berlian masuk Malaysia tanpa GST, kepala bapak kau” – RSN Rayer cetus kekecohan di Parlimen

KLIK BACA: 4 jet pejuang TUDM sahaja yang boleh terbang – Mat Sabu

KLIK BACA: DoJ akan rampas barang kemas milik isteri MO1?

DIKEMASKINI: Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share