Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari bersama Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi PRK Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada majlis Tahlil Allahyarham Suhaimi Shafiei. – Foto Bernama

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak spekulasi bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang ‘menggunakan’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyekat pengaruh beliau (Anwar) dalam kerajaan dan parti.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, segala tindak tanduk Dr Mahathir tidak seharusnya diterjemah dalam konteks politik.

“Beliau (Dr Mahathir) punya hujahnya sendiri. Beliau memikirkan kepentingan negara dan institusi. Ketika saya berada dalam jawatan sudah tentu saya perlu tentukan keutamaan saya dan cara saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei di sini malam ini.

Menurut Anwar, Dr Mahathir seharusnya diberi kebebasan untuk mentadbir negara.

Anwar bagaimanapun mengakui, sukar untuk menghalang mana-mana pihak daripada memberikan pelbagai interpretasi berhubung sesuatu perkara.

“Dari segi menyekat peranan saya, pengaruh saya, secara jujur, saya tidak risau. Saya tahu kekuatan parti saya dan hubungan saya dengan rakan-rakan gabungan (PH),” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi menolak dakwaan bahawa Dr Mahathir sedang menggunakan beliau untuk ‘mengawal’ Anwar.

Timbalan Presiden PKR itu menegaskan bahawa kesetiaannya pada ketua umum parti itu tidak sepatutnya dipersoalkan.

Spekulasi membabitkan Mohamed Azmin timbul selepas perdana menteri melantik beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi meskipun telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua.  – Bernama

KLIK BACA: Surat CIA bukan derhaka, Najib tak tahu, kata Hasanah

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

KLIK VIDEO: Mat Sabu jawab Najib bangga perlekeh dirinya kartun, tiada bukti skandal 1MDB

KLIK BACA: “Import intan berlian masuk Malaysia tanpa GST, kepala bapak kau” – RSN Rayer cetus kekecohan di Parlimen

KLIK BACA: 4 jet pejuang TUDM sahaja yang boleh terbang – Mat Sabu

KLIK BACA: DoJ akan rampas barang kemas milik isteri MO1?

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share