Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tuduhan menyatakan beliau tidak menyokong Proton adalah tidak benar.

Sebaliknya, Najib berkata, kerajaan di bawah pimpinannya telah menyediakan geran pembangunan dan penyelidikan (R&D) sebanyak RM1.1 bilion dan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton sebelum ini, selepas syarikat itu membuktikan mempunyai pelan mampan yang mampu dilaksanakan.

Selain itu, beliau juga mendedahkan, sebelum hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad renggang, kerajaan pimpinannya juga telah memberi sokongan kepada perdana menteri ketujuh itu untuk projek kenderaan elektriknya.

“Melalui permintaan dibuat Dr Mahathir, satu geran RM270 juta diberikan kepada Proton pada 2010 bagi menjalin satu kerjasama perniagaan dengan sebuah syarikat United Kingdom dimiliki rakannya Kamal Siddiqi, yang berpengkalan di Britain bagi memajukan kereta dan lori elektrik.

“Bagaimanapun, pelaburan ini gagal dan kerajaan membuat keputusan untuk tidak menyalurkan lagi dana. Ini turut menyebabkan kemarahan Dr Mahathir,” katanya menerusi entri terbaharu di Facebook miliknya hari ini.

Nota Ana Ghoib: Najib semasa lawatannya ke AS pada Feb, 2016 dilapor NST setuju membawa masuk 100 kereta elektrik Tesla tanpa dikenakan duti kastam.

Benar kata Tun Mahathir Malaysia hanya akan jadi negara pengguna bila Najib hanya mengimport apa yang ia suka.

RM270 belanja projek awal kereta elektrik memandangkan rizab minyak Malaysia semakin susut dan tidak sampai 20 tahun lagi negara akan bergantung kepada import minyak sepenuhnya dianggap Najib terlalu besar dibelanjakan?

Malang sekali 9 tahun rakyat Malaysia membazirkan masa dengan pemikiran PM yang serba tak tahu, tiada visi dan jika ada visi sekalipun dilaksanakannya dengan berhutang faedah komisen tinggi tambah teruk dengan menjual tanah kepada negara asing.

Apa yang ada ditangan dijual, wang rakyat dana pencen hilang dibeku di Switzerland didiamkan, Proton dijual dan sampai tahap wang KWSP hendak dilaburnya di AS walhal AS sepatutnya melabur di Malaysia.

Difikirnya membodek AS akan lebih menguntungkan tetapi sebaliknya di zaman Mahathir kritikan kerasnya terhadap AS tambah menyebabkan banyak firma AS melabur di Malaysia berbanding cabut lari di zaman Najib.

PM yang tidak tahu memulihkan nilai ringgit dan dia sendiri menjadi punca kejatuhan nilai ringgit kerana pelbagai skandal – tambah pandai berhutang besar tetapi masih berselera mahukan jawatan malah pernah mengimpikan memiliki limo ‘The Beast’ seperti presiden AS Barrack Obama.

Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib – Import barang kemas 60 juta tanpa ikrar kastam tidak rugi tentunya – hendak untung lebih tulis surat CIA pun tak apa!

KLIK BACA: Surat CIA bukan derhaka, Najib tak tahu, kata Hasanah

KLIK BACA: Zahid: Saya tak tahu RM3.5 juta di pejabat Najib, pengawal keselamatan ditahan SPRM

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, kalau sahabat dulu kaya skrg miskin [Najib], jangan pijak kepala

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Jho Low serah diri atau berani sahut cabaran Dr Mahathir tuntut kapal Equanimity?

KLIK BACA: 4 jet pejuang TUDM sahaja yang boleh terbang – Mat Sabu

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share