Pengerusi lima universiti awam lantikan politik ditamatkan perkhidmatan hari ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pegawai tinggi kerajaan yang dilihat tidak boleh bersama memacu perubahan dibawa oleh kerajaan PH akan menggangu proses institusi.

“Kalau kita lihat mutakhir ini bukan hanya di IPTA tetapi di GLC dan juga banyak badan-badan lain berlaku perubahan,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Maszlee berkata, mereka bukan menyingkirkan tetapi memberi peluang muka baharu dengan semangat yang baharu dan juga semangat reformasi yang lebih baik.

Sebelum itu, The Malaysian Insight melaporkan pengerusi lima universiti awam ditamatkan perkhidmatan hari ini oleh Kementerian Pendidikan.

Antara yang ditamatkan adalah Zaki Azmi dari Universiti Malaysia Sabah, Shufri Mohd Zin dari Universiti Tun Hussein Onn, Kamaruddin Hussin dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Noorul Ainur Universiti Sains Malaysia, dan Anuar Ali Universiti Putra Malaysia antara perkhidmatannya ditamatkan hari ini.

Surat itu dikeluarkan pada 23 Julai ditandatangani Menteri Pendidikan.

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

KLIK BACA: “Import intan berlian masuk Malaysia tanpa GST, kepala bapak kau” – RSN Rayer cetus kekecohan di Parlimen

KLIK BACA: 4 jet pejuang TUDM sahaja yang boleh terbang – Mat Sabu

KLIK BACA: DoJ akan rampas barang kemas milik isteri MO1?

KLIK BACA: Tulisan Tun Mahathir – Malaysia memang hebat di bawah Najib

DIKEMASKINI: Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share