Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu dewan rakyat bahawa tiada sebarang pengikraran import dibuat kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkaitan penghantaran 44 barang kemas isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Melalui semakan ke atas rekod yang ada di bawah sistem maklumat kastam bagi tempoh tujuh tahun selaras dengan tempoh penyimpanan rekod, didapati tiada pengikraran import dibuat ke atas barangan tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Lim, ia merupakan satu kesalahan sekiranya tiada pengikraran import dibuat dan boleh dikenakan tindakan termasuk rampasan.

“Sekiranya siasatan polis tidak dapat mengaitkan konsainan tersebut dengan apa-apa kesalahan, pihak kastam boleh mengaitkan isu ini di bawah Akta Kastam 1967 kerana ia merupakan satu kesalahan dan mengundang pelbagai tindakan termasuk rampasan,” katanya seperti dilapor BERNAMA.

Pada 10 Julai lalu, sebuah syarikat pemborong barang kemas ekslusif di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah yang didakwa mereka sebagai pelanggan tetap – menuntut beliau memulangkan kembali barangan kemas tersebut yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar barang kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta (RM59.831 juta).

Bagaimanapun Rosmah dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Julai lalu menafikan beliau membeli barangan kemas tersebut.

Barang kemas tersebut adalah antara wang, barang kemas, beg tangan mewah, jam mewah dan cermin mata hitam mewah, bernilai anggaran RM1.1 bilion, yang dirampas dari premis yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bulan lepas.

KLIK BACA: Surat CIA bukan derhaka, Najib tak tahu, kata Hasanah

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

KLIK BACA: “Import intan berlian masuk Malaysia tanpa GST, kepala bapak kau” – RSN Rayer cetus kekecohan di Parlimen

KLIK BACA: 4 jet pejuang TUDM sahaja yang boleh terbang – Mat Sabu

KLIK VIDEO: Mat Sabu jawab Najib bangga perlekeh dirinya kartun, tiada bukti skandal 1MDB

KLIK BACA: DoJ akan rampas barang kemas milik isteri MO1?

DIKEMASKINI: Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa bahawa Najib lelaki jujur?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share