PARLIMEN: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata ia masih berpegang kepada Dasar Pertahanan Negara dan Malaysia akan membawa pulang tentera yang masih berada di Arab Saudi kerana kerajaan tidak mahu terlibat dalam perang saudara antara dua negara jiran.

Mohamad Sabu turut menjawab sindiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mempersoalkan kemampuannya menjalankan tugas sebagai menteri pertahanan, dengan berkata masih terlalu awal membuat penilaian kerana baru dua bulan memegang jawatan.

Sebelum ini, Najib pemuja barat khususnya Amerika menyindir kononnya setiausaha pertahanan AS pusing kepala jika melihat Mat Sabu akan bercakap pasal ikan – menteri pertahanan kartun – tiada standard macam mana boleh menjadi menteri.

Najib dalam ucapannya dengan penuh bangga mengaku beliau adalah bekas menteri pertahanan selama 14 tahun terlupa barangkali mengenai skandal Scorpene yang dipercayai membawa kepada pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Dalam nada melawak menghiburkan penonton ceramah barang kali Najib juga terlupa skandal penjualan tanah ATM seperti yang didedahkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz menjelang PRU14 yang dipercayai menjadi antara faktor kejatuhan kerajaan BN.

Beliau juga mendabik dada sehingga kini masih belum ada bukti atas segala fitnah yang dilempar terhadapnya sedangkan Jho Low masih giat diburu PDRM dan Interpol malah Mat Sabu juga sejurus menjadi menteri telah menggesa agar kes Scorpene juga pembunuhan Altantuya dibuka semula.

Di bawah adalah komen ribuan penonton di Youtube memuji ucapan Abang Mat Sabu Menteri Pertahanan di parlimen yang kononnya disindir kartun oleh Najib Razak.

Sadik Ali:  Yg kartun itu badut yg mencuri duit rakyat. Hahaha

Broajip Apache77: Jibby & the geng penyamun yg kartun …itu pun diorang tk sedar..diri..hari2 jadi bahan lawak 😂😂.oleh rakyat

cheguselva: Najib jealous kerana Abang Mat jujur dan di sukai ramai.

roslan mariano:  Keikhlasan MAT SABU menjawab persoalan demi untuk keselamatan rakyat dan M’SIA…syabas..MY slut tu mu YB 🤗🤗🤗

Roslee: Pergh dia punya jawapan btl2 nye pro terbaik. Siapa ckp dia kartun? Sila bunuh diri.

Najib Ajib: Wahai Panglima Bugis kamu ingat kamu yg terbaik sbagai Menteri Pertahanan dahulu dgn memperlekeh YB M Sabu sebagai Menteri Pertahanan krna nak menarik pengundi Sg Kandis, kamu jgn nk memperlekeh kebolehan org walau pun belum 100 hari YB M Sabu memikul tg jawab sbagai Mn3 Pertahanan dia lebih baik dari yg sblum. Kalau nk di bandingkan dgn kamu jàuh Jib jauh…. kamu PXXXmun PXXXsuah PXXXnipu.

zila thequeen: Terbaik mat sabu.. Salute abg mat. – Susunan Majalah Review Malaysia | Video kredit mStar

KLIK BACA: Surat CIA bukan derhaka, Najib tak tahu, kata Hasanah

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

KLIK BACA: 4 jet pejuang TUDM sahaja yang boleh terbang – Mat Sabu

KLIK BACA: “Import intan berlian masuk Malaysia tanpa GST, kepala bapak kau” – RSN Rayer cetus kekecohan di Parlimen

KLIK BACA: DoJ akan rampas barang kemas milik isteri MO1?

DIKEMASKINI: Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share