Datuk Seri Jamal Md Yunos diiringi anggota polis ketika tiba untuk prosiding di Mahkamah Majistret di Ampang. – Foto Hafiz Sohaimi

Mahkamah Majistret Ampang di hari ini menarik semula jaminan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, atas dua pertuduhan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas, dua tahun lalu lapor Berita Harian.

Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali dan Majistret Haslinda A Raof membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menarik semula jaminan, masing-masing RM3,000 dengan seorang penjamin, yang diberi pada 25 Mei lalu ketika kes itu dituduh di Hospital KPJ Ampang Puteri.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurhashimah Hashim dan Raihanah Abd Razak, memohon jaminan terhadap Jamal ditarik balik berikutan khuatir tertuduh akan melarikan diri lagi.

Justeru, mahkamah membatalkan jaminan terhadap Jamal bagi dua pertuduhan menceroboh dan menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Berita Harian melaporkan dalam prosiding itu, keluarga Jamal, termasuk ibunya, Maimunah Saman, 79, dilihat hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan.

Mengikut pertuduhan di hadapan Majistret Haslinda, Jamal bersama lima lagi lelaki yang sudah dituduh dan empat lagi yang masih bebas didapati melakukan pencerobohan di premis hiburan keluarga Happy Toys, No 23 Jalan Kosas 1/2 Taman Kosas di sini.

Sementara itu, di hadapan Majistret Muhamad Firdaus, tertuduh didakwa bersama seorang yang sudah dituduh dan seorang yang masih bebas, melakukan perbuatan sama di Kedai Starcom Trading and Services No 23 & 25, Jalan Kosas 13, di taman sama.

Jamal yang diwakili peguam, Khairul Anuar Kashim, didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara jam 3.30 dan 3.40 petang pada 29 Disember 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Pada 5 Julai lalu, Jamal mengaku tidak bersalah dengan sengaja melepaskan diri daripada jagaan pihak polis yang menahannya secara sah di sisi undang-undang bagi kesalahan yang telah dituduh iaitu dua kes di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ampang dan satu kes mengikut Seksyen 290 kanun sama di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hospital KPJ Ampang Puteri, dekat sini, antara jam 2 dan 3 petang, 25 Mei lalu dan didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi kes melarikan diri dari tahanan polis (Seksyen 224) Jamal tidak dibenarkan jaminan.

Sementara itu, peguam Tan Sri Shafee Abdullah, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memaklumkan pihaknya akan membuat semakan berhubung semua kes terhadap Jamal di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

CLICK READ: KJ too young to suffer dementia, Zahid must be sleep walking – Kadir Jasin

KLIK BACA: Zahid hebat, budak sekolah tingkatan 4 jadi ahli Umno

KLIK BACA: Tulisan Tun Mahathir – Malaysia memang hebat di bawah Najib

KLIK BACA: Ahmad Maslan – PH penipu besar, SST confirm barang naik 

DIKEMASKINI: Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

KLIK BACA: Rahsia menarik – “Tun M, malam itu apa jadi? nyaris tidak jadi PM?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share