Khairy Jamaluddin berkata, Umno perlu berdikari dan tidak bergantung kepada PAS untuk menang tetapi beberapa hari lepas bekas PM Datuk Seri Najib Razak menggesa Umno dan PAS melupakan persengketaan silam dan bekerjasama demi kepentingan Islam. – Foto Kosmo!

Ulasan oleh Shahbudin Husin

Semalam, satu perhimpunan di Kuala Lumpur kononnya untuk mempertahankan hak Melayu dan Islam, tapi sebenarnya salah satu program kempen untuk Sungai Kandis, seorang pemimpin Pas dengan tegas mengulangi pendirian untuk melihat agar calon BN menang dalam pilihanraya kecil itu.

“Sikap kita ialah kita nak HARAPAN kalah di Sungai Kandis. Ada yang tidak setuju?

“Kalau setuju HARAPAN kalah, pengundi Pas nak undi macam mana?

“Takkan nak ajar ABC (satu persatu). Rakyat di depan sudah cerdik,” kata Nasruddin Hassan, Ketua Penerangan Pas sambil disambut dengan teriakan “undi UMNO” oleh sebahagian hadirin.

Walaupun tidak turun berkempen bersama-sama dengan UMNO di Sungai Kandis, pendirian Pas nampaknya jelas memihak kepada parti itu.

Itu cerita pagi tadi, tapi malam ini lain pula yang terjadi.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan, UMNO perlu berdikari atas kekuatan sendiri dan tidak harus bergantung kepada undi Pas untuk memenangi pilihanraya kecil ini.

“Kerjasama adalah baik, tetapi UMNO perlu berdikari daripada mengharapkan sokongan Pas untuk diterima masyarakat.

“Kenapa kita perlu bergantung kepada parti lain?” soal beliau ketika turut berkempen di Sungai Kandis.

Alamak…tak malukah Pas?

Atau selepas ini Pas perlu memohon secara rasmi untuk menyertai BN?

KLIK BACA: Zahid hebat, budak sekolah tingkatan 4 jadi ahli Umno

KLIK BACA: Tulisan Tun Mahathir – Malaysia memang hebat di bawah Najib

KLIK BACA: Ahmad Maslan – PH penipu besar, SST confirm barang naik 

DIKEMASKINI: Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

KLIK BACA: Khairy terus salahkan Mahathir, Guan Eng hutang negara

KLIK BACA: Rahsia menarik – “Tun M, malam itu apa jadi? nyaris tidak jadi PM?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share