Istana Negara hari ini melancarkan kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) sebagai usaha membantu kerajaan mengurangkan hutang negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata pelancaran THM peringkat Istana Negara itu juga merupakan manifestasi solidariti dan kebersamaan 650 warga istana terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk menyumbang 10% gaji dan emolumen baginda setiap bulan bagi membantu mengurangkan hutang negara.

“Tiada sebarang sasaran yang ditetapkan bagi kutipan tabung ini kerana yang penting adalah semangat warga Istana Negara untuk membantu negara yang tercinta ini. Kutipan tabung akan berlangsung selama 2 minggu bermula hari ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran THM Peringkat Istana Negara, hari ini.

Selain itu, katanya, inisiatif pelancaran tabung itu turut dilaksanakan atas semangat patriotisme warga Istana Negara sempena bulan kemerdekaan Ogos depan.

Terdahulu, Ahmad Dahlan mendahului 150 warga Istana Negara yang hadir pada majlis menyumbang kepada THM.

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan tabung bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang ke arah mengurangkan hutang negara.

Pada 11 Jun lalu, Sultan Muhammad V memberi perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan 10% sepanjang tempoh pemerintahan sehingga 2021.

Perkenan itu adalah kerana baginda amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara.

Setakat 3 petang tadi, kutipan THM mencecah RM165,791,540.91. – Bernama

KLIK BACA: Tulisan Tun Mahathir – Malaysia memang hebat di bawah Najib

KLIK BACA: Ahmad Maslan – PH penipu besar, SST confirm barang naik 

DIKEMASKINI: Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

KLIK BACA: Dr Mahathir soal Najib mahu bawa rakyat balik ke era kleptokrasi atau Harimau Asia

KLIK BACA: Khairy terus salahkan Mahathir, Guan Eng hutang negara

KLIK BACA: Rahsia menarik – “Tun M, malam itu apa jadi? nyaris tidak jadi PM?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share