Kadir Jasin mendesak Najib Razak membuktikan pembelian barang berharga yang dirampas polis. – Foto Apakecoh blog

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan resit sebagai bukti pembelian barang kemas dan berjenama oleh dirinya serta keluarga, kata Datuk A Kadir Jasin

Kadir Jasin yang merupakan bekas ketua unit media majlis penasihat kerajaan turut meminta mereka yang memberi hadiah kepada Najib dan keluarganya tampil membuat akuan bersumpah (SD) tentang hadiah masing-masing.

Kadir berkata, resit biasanya diberikan kepada pelanggan membeli barang kemas atau barangan berjenama sebagai bukti jualan, dan Najib tentu menerima resit demikian jika beliau dan isterinya membeli barangan tersebut.

“Beliau boleh tunjukkan resit dan SD itu kepada pegawai penguat kuasa. Beliau disiasat atas skandal 1MDB dan skandal lain.

“Beliau kata sesetengah barangan yang diambil polis itu, sama ada dibeli atau dihadiahkan kepada mereka. Mana kita nak tahu jika barangan itu dicuri atau dibeli menggunakan duit hasil titik peluh mereka?

“Cara betul ialah menunjukkan resit pembelian dan sijil keaslian barangan yang dibeli Najib dan isterinya,” katanya kepada portal Free Malaysia Today.

“Sekiranya barangan itu dihadiahkan kawan yang pemurah, mereka mesti beritahu ia adalah hadiah. Perlu ada SD yang membuktikan mereka memberi hadiah itu kepada Najib.”

Kadir turut mempersoalkan kenapa wang tunai dilaporkan ditemui dan beg bagasi, sedangkan rakyat Malaysia menyimpan wang di bank yang membantu ekonomi berkembang.

“Kenapa menteri kewangan simpan wang di bawah bantal? Menyimpan wang di bawah bantal tidak menjana pendapatan. Kenapa beliau tidak menyimpannya di bank?

“Beliau simpan wang di rumah. Itu juga tidak selamat,” jelasnya yang turut mendesak pihak berkuasa menyiasat sumber pendapatan bekas perdana itu.

Nota Ana Ghoib: Dengan nilai barang dan wang lebih RM1 bilion di rumah.

Bak kata mat saleh, you have to spend money to make money and cash is king…

Jika SD di buat mesti dimasukkan sekali ikrar bahawa mereka si pemberi hadiah rakyat Malaya itu tidak mendapat faedah projek sepanjang tahun ini?

Kata hikmah dari seorang Sultan Jawa keturunan TPM Zahid Hamidi sekutu Najib di bawah:

Ketamakan akan membuat orang kaya menjadi miskin. – Sri Sultan Hamengkubuwono VIII [Kesultanan Yogyakarta 1880-1939]

Firman Allah: Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. – (Al-An’aam 6:165)

Susunan risalah nasihat @Berita Mimpi-AnaGhoib

KLIK BACA: Prof Ramlah Adam: UMNO kena samseng tegur kerajaan

KLIK BACA: Minta bantuan asing urusan negara tidak dapat diampuni, Kadir Jasin ulas surat CIA

KLIK BACA: Minta sokongan AS bukankah pengkhianatan kepada negara? – Shahbudin

KLIK BACA: Pemuda Umno Asyraf Wajdi – PH munafik jika gagal tunai janji PRU

KLIK BACA: Logikkah Najib tak tahu surat CIA ditulis Hasanah Ab Hamid?

KLIK BACA: Siapakah Hasanah Ab Hamid pegawai Najib tulis surat kepada CIA? – Mungkin berkaitan laporan rumah pegawai risikan diserbu polis!

KLIK BACA: “Malam PRU14 – berilah dia jalan keluar, bilion itu kira halal dunia akhirat” – Hishamuddin Rais

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share