Pemuda Umno mendakawa pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menjadi golongan “munafik” jika gagal menunaikan janji kepada rakyat seperti dalam manifesto pilihan raya mereka. – Foto Utusan Online

Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, umat Islam yang tidak mengotakan janjinya berdosa besar serta perlu meminta pengampunan daripada Allah dan kerajaan PH juga perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama itu berkata, Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan mengejut pada pilihan raya 9 Mei lalu disebabkan janji dalam manifesto PH.

“Rakyat beri undi sebab janji yang mereka berikan. Kempen (pilihan raya umum ke-14) mereka begitu mengujakan rakyat sehingga rakyat memilih mereka, takkan nak nafi rakyat dan menipu rakyat? (Kerajaan) tidak jujur tidak akan tahan lama,” katanya seperti dilapor FMT pada sidang media Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula di parlimen berkata, kerajaan PH akan menanggung dosa jika menipu rakyat tetapi PH tidak anggap manifesto kitab suci al-Quran atau Bible maka jika ada rintangan PH perlu cari jalan lain untuk tanganinya.

Dr Mahathir berkata perkara paling penting pada masa ini adalah membersihkan kerajaan terutama dari kes-kes yang membabitkan jenayah.

Nota Ana Ghoib: Ulama muda Umno Asyraf Wajdi bukan tidak tahu sikap munafik itu bukan hanya melibatkan soal janji tetapi kuasa, harta, khianat, tidak amanah, bermuka-muka, berbohong dan sebagainya.

Kalau cermin ini digunakan maka seluruh kelompok Umno dan BN adalah lebih dahulu dan utama menonjolkan sikap munafik samada munafik politik atau munafik menurut syaraknya.

Silap besar kononnya PH menang hanya kerana manipulasi janji PH walhal kejahatan besar orang munafik dalam melupuskan janji, mencukai, menggadai dan bermacam-macam lagi yang kamu sokong itulah membuat rakyat merasa loya menyampah kemudiannya mengundi PH.

Cukup-cukuplah bermuka-muka – meludah ke langit kena muka sendiri dan tahukah kamu perkara paling menjijikkan ada pula yang sanggup menggunakan gambar ibadah agamanya sebagai bahan kempen berbayar di seluruh internet menjelang PRU bagi menunjukkan betapa suci diri sendiri. Layakkah begitu wahai orang yang mendakwa diri bukan munafik?

Tidur atas duit dan barang kemas – patutlah rayuan cukai, harga barang, minyak, PTPTN, giliran haji sampai ke top-up tidak diendahkan oleh kelompok kaya setia kepada ketua parti sampai mati – kemudian ada hati main makeup agama dan bangsa untuk terus berkuasa dan kaya lagi.

Firman Allah: (Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu;

seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya;

dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi. – (At-Taubah 9:69

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – Ana Ghoib – Hud’s

KLIK BACA: Minta bantuan asing urusan negara tidak dapat diampuni, Kadir Jasin ulas surat CIA

KLIK BACA: Logikkah Najib tak tahu surat CIA ditulis Hasanah Ab Hamid?

KLIK BACA: Siapakah Hasanah Ab Hamid pegawai Najib tulis surat kepada CIA? – Mungkin berkaitan laporan rumah pegawai risikan diserbu polis!

KLIK BACA: “Malam PRU14 – berilah dia jalan keluar, bilion itu kira halal dunia akhirat” – Hishamuddin Rais

KLIK BACA: Rais soal Najib berduit pula guna peguam AS berjuta dollar?

KLIK BACA: Kerajaan hutang kerajaan bayarlah kenapa rakyat kena – Ahmad Maslan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share