Maimunah Saman ibu kepada Jamal Md Yunos (kiri) dan kakak beliau Maskiah Saman berharap agar kerajaan mempertimbang hukuman dan memaafkan kesalahan.

SABAK BERNAM – Hati ibu mana yang tidak sedih dan pilu mengenangkan nasib anak yang menjadi buruan polis.

“Dah kering air mata mak cik mengenangkan nasib bakal dilalui anak.

“Mak cik hanya mampu berdoa, agar ALLAH mudahkan urusannya dalam hadapi saat getir ketika ini,” demikian kata Maimunah Saman, 79, ibu kepada Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Menurut Maimunah, walaupun pelbagai tuduhan dan cacian dilemparkan terhadap Jamal, namun dia dan keluarga tetap menganggap anak keenam daripada sembilan beradik itu sebagai seorang yang bertanggungjawab.

“Sebenarnya orang tak mengenali Jamal, mereka cakap sesuka hati dan tuduh macam-macam.

“Mak cik tak marah apa yang diperkatakan itu, malah jauh sekali nak kecil hati kerana anggap ini hanya ujian buat kami sekeluarga,” katanya.

Menurutnya, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu juga disifatkan anak yang penyayang dan seorang yang mengambil berat.

“Kalau mak cik sakit, dialah yang dulu datang hulur bantuan. Dia akan pastikan mak cik mendapat rawatan terbaik di hospital swasta.

“Bila dia pulang ke rumah, tentunya tak lekang di bibirnya supaya mak cik mendoakan perjalanan kehidupannya sambil memeluk dan mencium tangan mak cik bagi memohon restu,” katanya.

Maimunah berkata, dia tidak lagi bertemu Jamal yang menghilangkan diri sejak selepas PRU14 lalu.

“Lebih sebulan mak cik jatuh sakit sebab terlalu rindukan Jamal. Biar apa pun orang cakap tentang Jamal, mak cik tetap anggap dia anak terbaik,” katanya.

Maimunah turut berharap penahanan anaknya tidak dipanjangkan memandangkan beliau sudah lama tidak pulang berjumpa keluarga.

Kakak kepada Jamal, Datin Maskiah Md Yunos, 57, berkata, dia berharap agar masyarakat tidak menghukum sendiri adiknya yang dilihat seolah melakukan kesalahan besar di negara ini.

“Bagi saya, Jamal meletakkan kepentingan rakyat dan negara jauh kehadapan berbanding dirinya sendiri.

“Contohnya, isu pesta arak, saya lihat Jamal lantang dan mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini, sehingga tiada lagi pesta dilakukan secara terang terangan.

“Saya mengharapkan kerajaan hari ini memaafkan kesalahan dia.

“Dia tidak menimbulkan sebarang keganasan hingga mendatangkan mudarat dan mengancam keselamatan kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Jamal hari ini dihukum denda RM400 selepas mengaku bersalah tuduhan mendatangkan mudarat awam dengan memecahkan botol arak di bangunan SUK, Selangor di Shah Alam.

Jamal turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960. – Sinar Harian

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya – Najib Razak

KLIK BACA: Kami polis akan pertahan Amar Singh, Fuzi Harun jawab Najib

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share