Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber mendakwa dana 1MDB dimanipulasi sebagai skim ponzi. – Foto AFP

Dana pembangunan ekonomi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa digunakan sebagai skim Ponzi oleh sekumpulan orang yang bersubahat untuk merasuah dan memperkayakan diri mereka.

Dakwaan oleh Pendakwa Raya Switzerland itu dibuat selepas beberapa hari bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah kerana peranannya dalam urusan itu.

Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber, yang dipetik dalam laporan Bloomberg semalam berkata, ketika ini pihak berkuasa Swiss sedang menyiasat enam individu kerana dakwaan terbabit dalam skandal berbilion dolar 1MDB dan dua bank Swiss, Falcon Private Bank serta BSI SA yang masih diragui.

Switzerland masih menyiasat bagaimana berbilion dolar yang diperuntukkan bagi pembangunan ekonomi melalui 1MDB dipindahkan ke bank Swiss untuk menambah kekayaan tertuduh.

Lauber, yang kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura dan Amerika Syarikat sebelum ini bersikap kritikal terhadap pegawai Malaysia kerana gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak berkenaan.

“Kami fikir ia adalah alasan, ia adalah sejenis skim Ponzi, ia digunakan untuk merasuah pegawai asing dan digunakan untuk membayar faedah.

“Ia juga digunakan bagi memberi motivasi kepada pegawai baharu untuk ingkar undang-undang atau hanya untuk memberi hadiah kepada mereka,” katanya yang tidak mendedahkan identiti pihak dirujuk.

Lauber berkata, kira-kira AS$7 bilion (RM28.18 bilion) dana 1MDB dan bekas anak syarikatya, SRC International Sdn Bhd mengalir keluar menerusi sistem kewangan global dari tahun 2009 hingga 2015 dan beliau masih menilai jumlah sebenar yang disalahgunakan.

KLIK BACA: Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya – Najib Razak

KLIK BACA: Kami polis akan pertahan Amar Singh, Fuzi Harun jawab Najib

KLIK BACA: Syarikat emas Lubnan saman Rosmah RM60 juta barang kemas dirampas polis

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Tak hairan Najib simpan ratus juta dalam rumah, kata pelakon Ellie Suriaty

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share