Bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc Tim Leissner kini dalam perbincangan dengan pendakwa Amerika Syarikat (AS) berhubung kemungkinan mengaku bersalah terhadap dakwaan jenayah mencuri berbilion ringgit dana 1MDB. – Foto New York Post

Wall Street Journal melaporkan menurut sumber, Leissner mahu mendapatkan persetujuan daripada pihak pendakwa yang akan melibatkan kerjasamanya dengan siasatan kerajaan AS terhadap 1MDB dan Goldman Sachs.

Leissner merupakan bekas pengerusi Goldman Sachs bagi Asia Tenggara dan individu utama dalam penjualan tiga bon 1MDB.

Bank itu membantu meraih meraih bon bernilai AS$6.5 bilion untuk 1MDB pada 2012 dan 2013 dan mendapat komisen AS$593 juta.

Leissner mungkin mengaku bersalah terhadap dakwaan mencabuli Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing yang melarang penggunaan rasuah terhadap pegawai asing dengan tujuan mengekalkan atau mendapatkan perniagaan, menurut sumber yang arif dengan kes itu.

Pendakwa akan menentukan sama ada maklumat yang diberi Leissner akan membantu siasatan sebelum setuju dengan rayuan, kata seorang pakar perundangan.

Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dalam saman sivilnya mendakwa sejumlah AS$4.5 bilion (RM18.11 bilion) telah diambil daripada dana 1MDB syarikat yang merupakan idea Datuk Seri Najib Razak.

Leissner dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau  Jho Low yang didakwa penyiasat sebagai dalang utama penipuan.

Pada 2016, penyiasat AS sedang menyiasat sama ada Goldman Sachs memperdaya pemegang bon ketika ia menjual cagaran yang dikeluarkan 1MDB.

Dokumen mahkamah AS menyatakan akaun itu digunakan untuk menyalurkan kira-kira AS$1.4 bilion (RM5.64 bilion) daripada dua penjualan bon pada 2012.

Selain AS, pihak berkuasa Singapura juga dilaporkan menyiasat urus niaga bon antara Low dan Leissner.

Leissner meninggalkan Goldman Sachs pada 2015 selepas digantung susulan dakwaan mencabuli dasar syarikat dan dihukum 10 tahun larangan urus niaga di Singapura kerana kesalahan berkaitan transaksi 1MDB.

“Sejak Leissner digantung, kami mendapati beberapa kegiatan yang dilakukannya secara sengaja disembunyikan daripada pengetahuan firma,” kata seorang jurucakap Goldman Sachs.

Jurucakap bagi Pejabat Peguam AS di Brooklyn dan jurucakap DOJ enggan mengulas perkara ini.

Untuk rekod, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menolak permintaan Jho Low yang disampaikan melalui orang tengah agar diberi kebebasan dari pendakwaan dengan syarat bekerjasama.

Dr Mahathir memberitahu undang-undang di Malaysia tidak membenarkan rayuan dan tawaran atau ‘plea bargain’ seperti di Amerika. – @MajalahReviewMalaysia

KLIK BACA: Syarikat emas Lubnan saman Rosmah RM60 juta barang kemas dirampas polis

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Tak hairan Najib simpan ratus juta dalam rumah, kata pelakon Ellie Suriaty

KLIK BACA: Lojikkah PM boleh dibeli 42 juta, soal Nazifuddin anak Najib

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

KLIK BACA: Najib ditangkap kita simpati tapi fikirkan bagaimana mewahnya JHO LOW

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share