Veteran Umno Zaharin Mohd Yasin mendakwa tindakan mengutip derma bagi tabung #FreeNajib bagi membantu kes beliau hanya menjatuhkan martabat seorang bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno.

Zaharin berkongsi pendapatnya dalam video yang disiar di laman Facebook beliau mendakwa sepatutnya derma diminta dari pemimpin-pemimpin Umno yang telah ‘dikayakan’ oleh sahabatnya sendiri iaitu Najib Razak.

Mendakwa tahu rancangan mengutip derma kerana hadir bertemu Najib dalam perbincangan mengenainya Zahrin berkata:

“Sembilan tahun beliau menjadi Perdana Menteri, saya tahu dan menjadi pengetahuan awam bukan sedikit orang dikayakan.

“Hidup kaya memakai Bentley, rumah banglo pakai lif semestinya bukan rumah PPRT.

“Sepatut mahu mengutip derma cari dulu ketua-ketua bahagian dan orang politik yang mendapat kemurahan hati Mohd Najib.

“Kemudian cari bisnesman Tan Sri, Dato Seri, sahabat golf dia mintaklah pada dia takkan tak boleh bagi.

“Tapi tak payahlah mintak kat saya, sebab saya Najib tak bagi apa-apa.

“Tolonglah berhenti buat kerja bodoh-bodoh – ini bukan macam nak kutip derma sekolah tahfiz terbakar letak tong tepi jalan.

“Bayangkan kalau derma tidak capai satu juta – ini memalukan dia sebagai bekas perdana menteri, tak habis bodohlah budak-budak ni…,” kata Zahrin dalam video tersebut.

Diakhir video tersebut Zahrin meminta maaf dan menasihatkan pendengar jangan ambil hati digelar bodoh tetapi mesti terbuka hati belajar dan bukan niatnya menghina sesiapa. –@MajalahReviewMalaysia

KLIK BACA: Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya – Najib Razak

KLIK BACA: Kami polis akan pertahan Amar Singh, Fuzi Harun jawab Najib

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: Syarikat emas Lubnan saman Rosmah RM60 juta barang kemas dirampas polis

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share